Seorang terbunuh apabila antena penebat petir roboh di George Town

GEORGE TOWN – Seorang terbunuh dan 5 cedera apabila sisa runtuhan antena penebat petir jatuh di Jalan Macalister.

Kelihatan sebuah kereta di tengah tengah runtuhan
Kelihatan sebuah kereta di tengah tengah runtuhan

Satu terbunuh apabila antena penebat petir yang terletak di atas bumbung Menara UMNO Pulau Pinang yang terletak di Jalan Macalister jatuh berikutan ribut kencang yang melanda seluruh negeri Pulau Pinang petang semalam.

Jahir Hussain Sulaiman, 46 , terbunuh apabila sisa runtuhan menghempap lori yang dinaikinya.

Malaysiakini melaporkan bahawa Hospital Pulau Pinang telah menyatakan bahawa 5 orang mangsa sedang menerima rawatan akibat daripada runtuhan tersebut.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang , Datuk Abdul Rahim Hanafi , kejadian tersebut telah menyebabkan tujuh kenderaan rosak teruk akibat dihempap antena tersebut.

Sudut yang memperlihatkan impak dari angin kencang yang mengakibatkan antenna tersebut tercabut dari struktur bangunan Menara UMNO
Sudut yang memperlihatkan impak dari angin kencang yang mengakibatkan antenna tersebut tercabut dari struktur bangunan Menara UMNO

Suasana sewaktu kejadian adalah amat kelam kabut, di mana wartawan kami dapat melihat ramai orang bertempiaran lari mencari perlindungan dan cuba menjauhi tempat berlakunya runtuhan.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh.

Kelihatan juga orang ramai keluar dari bangunan yang terbabit dalam kejadian tersebut.

Lebih kurang pada pukul 7 petang , sebuah jentera bomba dan penyelamat dari Lebuh Pantai sampai di tempat kejadian.

Di dalam kejadian berasingan , banyak pokok dilaporkan tumbang akibat dari angin dan ribut kencang yang melanda negeri itu.

Malaysiakini juga melaporkan bahawa di satu lagi kejadian lain di Air Hitam, Wong Tze Chow, 33, terbunuh apabila sebuah pokok menghempapnya.

Abdul Rahim juga menyatakan banyak kawasan lain di Pulau Pinang yang terjejas teruk akibat daripada ribut ini.

Menurutnya, 8 kawasan di bahagian Timur Laut terjejas dan 10 lagi kawasan terjejas di Seberang Perai. Manakala 2 kawasan di Seberang Perai Tengah serta 1 kawasan di daerah Barat Daya turut terjejas.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan bahawa kerja-kerja pembersihan dan pembaik pulihan sedang dijalankan.

“Semua orang terkejut dengan insiden ini. Kami sedang menilai kemusnahan dan memikirkan cara bagaimana untuk memulihkan keadaan jalan ini supaya ia tidak menggangu trafik,” kata beliau kepada Malaysiakini.

 

Lori yang penuh dengan muatan gas
Lori yang penuh dengan muatan gas

 

Lori muatan gas dan sebuah kereta yang rosak akibat dari runtuhan tersebut
Lori muatan gas dan sebuah kereta yang rosak akibat dari runtuhan tersebut
Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.