Penahanan tanpa bicara mencabul prinsip hak asasi manusia

Penahanan tanpa bicara mencabul prinsip hak asasi manusia

Surat: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sekali lagi menegaskan sarana supaya enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sekali lagi menegaskan sarana supaya enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Penahanan tanpa bicara adalah mencabul prinsip hak asasi manusia sepertimana yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Suruhanjaya telah berulang kali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan dengan demikian menyeru agar semua yang ditahan di bawah undang-undang ini dibebaskan dan berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam.

Sementara menunggu mereka dibebaskan, keselamatan, kebajikan dan kesihatan mental dan fizikal tahanan ini secara berterusan adalah tanggungjawab pihak berkuasa.