Seramai 8,303 pendatang asing tanpa izin sudah daftar di Sabah

Seramai 8,303 pendatang asing tanpa izin sudah daftar di Sabah

Seramai 8,303 pendatang asing tanpa izin (Pati) telah mendaftar di bawah program 5P (pendaftaran, pengampunan,
pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran) dalam tempoh tiga hari bermula Isnin lepas.

Seramai 8,303 pendatang asing tanpa izin (Pati) telah mendaftar di bawah program 5P (pendaftaran, pengampunan,
pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran) dalam tempoh tiga hari bermula Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek berkata daripada sembilan pusat pendaftaran yang dibuka di seluruh negeri, jumlah Pati paling ramai mendaftar ialah di Lahad Datu seramai 2,440 orang, diikuti di Sandakan
(1,619), Tawau (1,412) dan Kota Kinabalu (1,222).

“Ramai Pati yang mendaftar adalah dari sektor perladangan hasil kerjasama yang diberikan oleh majikan di sektor itu yang membawa pekerja mereka dalam kategori Pati mendaftar di bawah program 5P,” katanya kepada pemberita semasa melawat pusat pendaftaran 5P di Dewan Sibuga Batu 5 hari ini.

Mohammad berkata pada hari ketiga semalam, seramai 3,051 orang Pati mendaftar yang membabitkan 2,478 warga Indonesia, Filipina (557) Pakistan (10), India (lima) dan lain-lain (satu).

Beliau berkata Pati yang sudah mendaftar dalam program 5P dikecualikan dari tempoh bertenang iaitu apabila mereka sudah balik ke negara asal, mereka boleh balik semula ke Malaysia pada bila-bila masa dengan menggunakan dokumen
dan pintu masuk yang sah.

Tempoh bertenang ialah Pati perlu berada di negara asal selama tiga bulan sebelum boleh kembali semula ke Malaysia.

Mohammad menafikan khabar angin bahawa Jabatan Imigresen akan mengadakan operasi penguatkuasaan terhadap Pati selepas program 5P berakhir.

Sebaliknya, katanya selepas tarikh itu, pihaknya akan memberikan tempoh pengampunan selama dua bulan kepada Pati yang mendaftar di program tersebut  untuk mereka menguruskan dokumen perjalanan dan perjalanan balik ke negara asal
mereka.

Proses pendaftaran akan berakhir 1 Ogos.

– Bernama