Polis Terengganu kerjasama dengan polis Thailand kesan bomoh Kak Yah

Polis Terengganu kerjasama dengan polis Thailand kesan bomoh Kak Yah

Polis Terengganu sedang bekerjasama dengan polis Thailand bagi mengesan dan menjejak seorang bomoh wanita bagi
membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki ketika mendapatkan rawatan di rumah wanita itu di Pulau Rusa, Marang bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata pihak polis percaya bomoh yang dikenali dengan nama ‘Kak Yah’ yang berketurunan Siam itu sedang bersembunyi di negara jiran.

Katanya pihak polis telah mendapatkan butiran penuh daripada suami suspek dan sedang berusaha mengesan suspek.

“Kita telah berusaha bersama pihak polis Thailand untuk mengesan suspek yang dipercayai bersembunyi di sempadan Malaysia-Thailand,” katanya ketika ditemui diĀ  pejabatnya hari ini.

Menurut Manoharan, polis juga telah membebaskan suami suspek dan akan dijadikan saksi polis berikutan siasatan yang dijalankan.

Pada 6 Julai lalu polis berjaya menahan suami bomoh wanita itu di sebuah rumah di Rantau Panjang, Kelantan, bagaimanapun ketika serbuan dilakukan, wanita itu yang merupakan suspek utama tidak berada di rumah berkenaan.

Dalam kejadian 16 Jun lalu, seorang pemuda berusia 26 tahun, mati setelah dihantar oleh bapanya untuk berubat di rumah bomoh berkenaan.

Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah malam hari sama.

– Bernama