Nelayan Langkawi minta Jabatan Laut ubah laluan kapal

Nelayan Langkawi minta Jabatan Laut ubah laluan kapal

Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi (PNKL) meminta kerjasama Jabatan Laut untuk mengubah laluan kapal di perairan Langkawi berikutan banyak peralatan nelayan mengalami kerosakan akibat kapal yang memasuki kawasan menangkap ikan.

Pengerusi PNKL Mahadzir Ibrahim berkata kapal dagang termasuk yang membawa simen mengunakan laluan perairan Langkawi termasuk Tanjung Cincin menyebabkan peralatan nelayan seperti pukat dan alat memancing rosak.

“Kita berharap jabatan terbabit akan memberi perhatian sewajarnya untuk menimbang bagi mengubah laluan kapal,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini Persatuan Nelayan Pantai Penarak (PNPP) turut merayu Jabatan Laut mengubah laluan feri penumpang ke Kuala Perlis kerana menganggu nelayan menangkap ikan.

Selain itu Mahadzir berkata PNKL meminta Jabatan Laut mewujudkan lebih banyak rumah api di perairan Langkawi yang boleh menjadi panduan kepada nelayan.

Terdapat lebih 3,000 nelayan yang mendaftar dengan PNKL.