Pihak berwajib tangani masalah penduduk Kota Kemuning serta merta

Pihak berwajib tangani masalah penduduk Kota Kemuning serta merta

Tidak sampai 24 jam laporan disiarkan di portal Komunitikini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan syarikat Indah Water Sdn Bhd mengambil tindakan proaktif membersihkan kawasan tersebut.

Penantian selama sebulan penduduk dan peniaga di Kota Kemuning berhubung medan tempat letak kereta ditakungi air mengakibatkan bau busuk dan pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes akhirnya selesai.

Malah, tidak sampai 24 jam laporan disiarkan di portal Komunitikini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan syarikat Indah Water Sdn Bhd mengambil tindakan proaktif membersihkan kawasan tersebut.

Salah seorang wakil penduduk, Philips Chong berkata beliau mendapati pihak berwajib mula membersihkan kawasan kira-kira tengah hari tadi.

“Saya diberitahu oleh pihak kontraktor terbabit bahawa limpahan itu berpunca daripada tangki septik air melimpahdari tingkat atas medan tempat letak kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi Komunitikini hari ini.

Semalam, Komunitikini melaporkan sistem saluran paip tidak diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan medan tempat letak kereta di Kota Kemuning ditakungi air di aras bawah kawasan tersebut.

See also  GSK urges adult vax awareness in aging Malaysia

Salah seorang wakil penduduk, Philips Chong mendakwa masalah itu sudah berlaku sejak sebulan lalu.

Menurutnya keadaan itu sekaligus menyebabkan bau busuk dan mengundang pembiakan jentik-jentik dan nyamuk aedes.

“Apa yang menjadi persoalan, masalah ini sudah berlaku dua kali, kali pertama pada tahun lepas.

“Penduduk telah letih membuat aduan namun begitu tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini, Kita tidak mahu ada nyawa melayang akibat demam denggi barulah tindakan segera diambil pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan lain,” katanya.