Felda tampung kos tanam semula sebanyak RM16,700

Felda tampung kos tanam semula sebanyak RM16,700

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menampung sejumlah RM16,700 bagi kos setiap peneroka yang menanam semula kelapa sawit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menampung sejumlah RM16,700 bagi kos setiap peneroka yang menanam semula kelapa sawit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan.

Beliau berkata Felda akan menampung perbezaan jumlah caruman penuh bagi setiap peneroka rancangan sawit dengan kos bagi tanam semula sawit.

“Jumlah caruman penuh bagi setiap peneroka rancangan sawit dalam tempoh 20 tahun ialah RM9,600, manakala kos tanam semula sawit ialah RM2,630 seekar atau RM26,300 bagi 10 ekar,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Hayati meminta kerajaan menyatakan jumlah potongan kepada peneroka Felda yang dikumpul oleh agensi itu untuk kos tanam semula bagi setiap pusingan tanam semula sebelum pokok tua ditebang.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Ahmad berkata bagi rancangan-rancangan yang telah selesai penanaman semula kali pertama, Felda telah mewujudkan tabung untuk caruman peneroka bagi program tanam semula kali kedua.

Program tanam semula kali kedua itu akan dibiayai melalui caruman yang dikutip dan kutipan untuk caruman itu adalah sebanyak RM12 seekar sebulan kepada peneroka, katanya.

Beliau berkata bagi peneroka tanaman asal iaitu getah, mereka tidak mencarum dalam caruman tanam semula kerana kos bagi kerja-kerja penanaman semula ini akan dibiayai oleh Wang Bantuan Risda yang kemudiannya dibayar kepada peneroka melalui Felda.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang), Ahmad berkata seramai 94,438 peneroka telah menjelaskan Bayaran Kembali (BK) bagi kos pembangunan dan bayaran Consolidated Annual Charge (CAC) yang telah didahulukan oleh Felda.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Daripada jumlah tersebut, seramai 80,749 peneroka telah menerima hak milik, katanya.

– Bernama