Penduduk DUN Sri Muda terima bantuan 1MDB

Penduduk DUN Sri Muda terima bantuan 1MDB

Sebanyak 50 rumah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda menerima bantuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi membaikpulih kerosakan yang dialami antaranya di bahagian bumbung, dapur dan siling kediaman yang terpilih.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN Sri Muda, Ir Kamaruzzaman Johari berkata,sumbangan itu secara tidak langsung meningkatkan akses kepada kesejahteraan khususnya mereka yang berpendapatan rendah di kawasan itu.

Menurutnya,kesemua rumah itu telah siap dibaiki dengan menggunakan dana 1MDB dan projek itu akan diperluaskan ke setiap DUN di Parlimen Kota Raja kelak.

“Sumbangan ini adalah tanda prihatin kerajaan yang sentiasa memberi perhatian terhadap mana-mana individu yang memerlukan bantuan termasuk keselesaan tempat tinggal.

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School

“Malah kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) juga banyak membantu dalam mengenalpasti individu yang berkenaan untuk diusahakan bantuan kepada mereka”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke projek membaikpulih rumah sekitar Kampung Lombong dan Kampung Johan Setia yang dibiayai oleh 1MDB .

Hadir sama ialah Pengerusi JKKKP Kampung Lombong, Manap Chut dan Pengerusi JKKP Kampung Johan Setia, Wan Azian Wan Bakar.

Pada program itu, sebanyak 12 buah rumah dilawati dan pemilik kediaman juga menerima sumbangan berupa bahan makanan daripada BN Parlimen Kota Raja.