Penghulu wanita bakal dilantik daripada komuniti Iban

Penghulu wanita bakal dilantik daripada komuniti Iban

Kerajaan negeri Sarawak akan mempertimbangkan untuk melantik penghulu wanita atau ketua kawasan daripada komuniti Iban di seluruh negeri dalam masa terdekat ini.

Kerajaan negeri Sarawak akan mempertimbangkan untuk melantik penghulu wanita atau ketua kawasan daripada komuniti Iban di seluruh negeri dalam masa terdekat ini.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Seri Wong Soon Koh berkata setakat ini tidak ada wakil daripada kaum itu seperti kaum Cina atau Melayu.

Bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan pelantikan empat ketua rumah panjang atau “Tuai Rumah” baru di mana dua adalah wanita dari kawasan pilihan raya  Bawang Asan.

“Malahan kita kini ada lebih ramai wanita dilantik ketua rumah panjang yang dianggap trend ini sangat baik. Wanita yang layak, mereka boleh dipertimbangkan untuk jawatan penghulu yang lebih tinggi,” kata beliau.

See also  IKAT 2.0: Immersive batik experience arrives in Penang

Wong berkata wanita juga kini meliputi 53 peratus daripada jumlah 2.5 juta rakyat dan mereka mestilah diwakili.

Mengenai wanita Tuai Rumah, beliau berkata kadang-kadang mereka lebih sabar dan teliti dalam pengurusan hal ehwal komuniti berbanding dengan kaum lelaki.

Beliau menambah dalam kawasan pilihan rayanya kini terdapat kira-kira tujuh wanita ketua rumah panjang daripada jumlah 92 rumah panjang dan lebih ramai lagi wanita akan dilantik.

Jawatan ketua rumah panjang, lazimnya untuk lelaki dalam komuniti Iban. Sementara itu salah seorang ketua rumah panjang, Rose anak Mat, 50, berkata beliau berharap untuk menjalankan tanggungjawab itu di rumah panjangnya sebanyak 12 pintu di Batu Burak dekat sini.

See also  Gelly Wee: Bridal bliss with record-breaking event

– Bernama