MPSJ terima Yang DiPertua baru

MPSJ terima Yang DiPertua baru

Upacara melafaz ikrar dan menandatangani pengakuan menerima jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Y.Bhg.Dato’ Asmawi Bin Kasbi di pejabat MPSJ hari ini.

Upacara melafaz ikrar dan menandatangani pengakuan menerima jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Y.Bhg.Dato’ Asmawi Bin Kasbi di pejabat MPSJ.

Beliau merupakan Yang Dipertua yang kelima sejak penubuhan MPSJ pada tahun 1997.Y.Bhg.Dato Asmawi Bin Kasbi telah berkhidmat dengan kerajaan selama 30 tahun.Beliau berkhidmat 15 tahun dengan Kerajaan Persekutuan dan baki 15 tahun dengan kerajaan negeri Selangor.

Beliau yang mempunyai Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Pengurusan Sumber Tanah pernah memegang beberapa jawatan penting dalam tempoh perkhidmatannya.

Antaranya adalah Penolong Pengarah Tanah dan Galian Selangor (1979), Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (2002), dan Pegawai Daerah Tanah Kuala Langat (2005) sehingga Mei 2011 sebelum dinaikkan pangkat.

Dalam sidang media selepas upacara ikrar, Dato’ Asmawi berjanji akan menjadikan MPSJ terbaik di negeri Selangor dan menyimpan cita-cita untuk mendapatkan ‘rating’ lima bintang dari Kerajaan Persekutuan.

Pada masa yang sama, beliau mengharapkan Ahli Majlis yang lain dapat bekerjasama dengannya bagi merealisasikan visi dan misi MPSJ.

Beliau juga menambah bahawa sistem perparitan, sistem jalan raya dan lampu-limpah akan diberi prioriti bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik  kepada rakyat.

Sesi bertemu pelanggan pada setiap hari Jumaat akan diteruskan seperti biasa bagi menyelesaikan aduan rakyat, katanya lagi.