Elak vandalisma di Program Perumahan Rakyat

SANDAKAN – Mereka turut dinasihatkan agar menjaga keselamatan, keceriaan dan kebersihan rumah demi keselesaan disamping memupuk semangat kejiranan dan setiakawa

rumah 1a
Golongan masyarakat  yang menikmati kemudahan Program Perumahan Rakyat (PPR) digesa agar menghargai  kemudahan yang diberikan oleh kerajaan, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong, Datuk Samsudin Yahya
“Saya menyeru kepada golongan masyarakat yang diberi kemudahan perumahan PPR ini, supaya menghargai dan menjaga segala kemudahan yang diberi oleh kerajaan dengan baik. Kerajaan telah memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup mereka,” kata beliau dalam  majlis penyerahan kunci rumah PPR di Jalan Lintas Sibuga kepada 300 orang penerima di tapak projek PPR, Batu 8 Jalan Batu Sapi, Sandakan baru-baru ini.
“Tepatilah membayar sewa dan jangan lewat kerana ini adalah usaha kerajaan untuk membantu rakyat khususnya di kawasan Sandakan,” katanya sambil menambah bahawa kemudahan-kemudahan ini turut memenuhi aspek keselamatan, kesihatan, tempat tinggal terlindung dan terjamin.
Mereka turut dinasihatkan agar menjaga keselamatan, keceriaan dan kebersihan rumah demi keselesaan disamping memupuk semangat kejiranan dan setiakawan serta tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain.
Mereka turut diingatkan agar mengelakkan diri daripada melakukan vandalisma atau apa-apa perlakuan yang merosakkan rumah tersebut.
“ Saya ingin ingatkan sekali lagi, anggapla rumah ini seperti rumah sendiri. Pelihara rumah ini dengan baik dan jagalah kebersihannya serta elakkan vandalisma,” tegas Samsudin.
Projek PPR Lintas Sibuga, Sandakan ini dibina di atas tanah seluas 9.9 ekar dengan kos projek bernilai RM23.7 juta merangkumi 500 unit rumah, terdiri daripada tujuh blok rumah pangsa lima tingkat
Projek ini telah dimulakan pembinaannya pada 27 April 2009 dan siap sepenuhnya pada bulan November tahun lepas.
Rumah PPR disewa yang dibangunkan, adalah jenis rumah pangsa berbilang tingkat dan disewa pada kadar yang rendah iaitu RM150.00 sebulan seunit
See also  FBS's Ramadan relief efforts reach over 900 families

Gary Louis Supi