Sarawak Plantation untung RM21.394 juta

Sarawak Plantation untung RM21.394 juta

Sarawak Plantation Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM21.39 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2011.

KUALA LUMPUR – Sarawak Plantation Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM21.39 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2011, berbanding RM15.76 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu berkata perolehan naik kepada RM90.14 juta, daripada RM75.45 juta, yang dicatatkan sebelumnya. Ia berkata keuntungan sebelum cukai dan perolehan lebih tinggi disebabkan terutamanya oleh harga jualan purata yang lebih baik bagi minyak sawit mentah dan isirong sawit.

See also  Coway and EcoKnights join forces for a greener future