Burung Walit bakal pencetus fenomena di Labuan

Burung Walit bakal pencetus fenomena di Labuan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan kursus industri burung walit siri 1/2011 di Anjung Budaya, Taman Damai, Wilayah Persekutuan Labuan kelamarin

Antara peserta kursus burung walit dan pegawai jabatan veteriner Labuan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan kursus industri burung walit siri 1/2011 di Anjung Budaya, Taman Damai, Wilayah Persekutuan Labuan kelamarin. Seramai 104 orang peserta telah mengikut kursus sehari itu.

Program ini dianjurkan bagi menyahut seruan kerajaan yang mengalakkan orang ramai untuk bergiat dalam industri burung walit ini, serta membuat satu fenomena baru di wilayah ini dalam memajukan industri “eco-tourism” yang semakin popular ketika ini.

Kursus ini telah dirasmikan oleh YB Kol (K) Datuk Haji Yussof Hj. Mahal, Ahli Parlimen Labuan. Dalam ucapannya, beliau “memohon agar agensi yang berkaitan dengan program ini dapat membantu pengusaha dalam segala bentuk samada teori ataupun praktikal. Ini kerana kerjasama yang erat antara pengusaha dan agensi kerajaan akan membantu kelancaran projek serta penghasilan sarang burung yang berkualiti tinggi.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations
Perasmi Majlis YB Kol (K) Datuk Hj. Yussof

“Menjadi pengusaha burung walit ini juga harus memiliki disiplin dan kesabaran yang tinggi. Berkerjasama dalam persatuan juga penting lebih-lebih lagi persatuan pengusaha sarang burung walit Labuan amat unik kerana jawantkuasanya serta ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai bangsa,’ ujar beliau lagi.

Menurut kajian yang dilakukan, burung walit ini hanya terdapat dirantau ini sahaja iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan beberapa negara yang berhampiran sahaja. Ini menjadikan negara kita bertambah satu lagi penghasilan lumayan yang dapat dimajukan oleh setiap warga Malaysia.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veteriner Labuan, Dr Saira Banu Mohamed Rejab ada menyatakan bahawa, “kualiti sarang burung walit yang ada di negara kita ini merupakan yang terbaik didunia”.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations

Tambah beliau lagi, “negara kita ketika ini merupakan pengeluar kedua terbesar dunia dan permintaan yang amat tinggi datangnya dari negara China serta mula berkembang ke rantau arab”.

Labuan walaupun telah ketinggalan dalam perusahaan ini berbanding negeri-negeri lain di Malaysia akan tetapi ia akan dijadikan satu momentum baru kepada kegiatan ekonomi penduduk pulau ini.

Ridzuan