Jamuan ringkas untuk kanak-kanak rumah Al-Yakin di Sandakan

SANDAKAN – Seramai 17 anak-anak yatim Rumah Al-Yakin menerima sepasang baju melayu dan alat tulis daripada Edaran Tan Chong Motor (Sabah) Sdn. Bhd.

010714Puasa4

Seramai 17 anak-anak yatim Rumah Al-Yakin menerima sepasang baju melayu dan alat tulis daripada Edaran Tan Chong Motor (Sabah) Sdn. Bhd.

Tanggungjawab korporat sosial ini bertujuan untuk membantu anak-anak yatim sempena Hari Raya yang bakal tiba.

Edaran Tan Chong Motor (SABAH) Sdn Bhd menganjurkan “Pre-Hari Raya Open Day” bertempat di Showroom Bandar Pasaraya, Batu 4 Jalan Labuk, Jumaat lalu.

Anak-anak yatim tersebut telah dijemput bagi meraikan acara Pre-Hari Raya bersama-sama. Selain itu, seramai 50 orang pelanggan tetap turut dijemput hadir bagi memeriahkan acara tersebut.

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

See also  Epson Malaysia strikes for inclusion with bowling event

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Gary Louis Supi