80,000 guru Semenanjung dihantar ke Sarawak, PRS bimbang

80,000 guru Semenanjung dihantar ke Sarawak, PRS bimbang

Parti Rakyat Sarawak (PRS) melahirkan kebimbangan terhadap laporan bahawa Kementerian Pelajaran akan menghantar sekitar 80,000 guru dari Semenanjung ke negeri ini tahun depan.

Parti Rakyat Sarawak (PRS) melahirkan kebimbangan terhadap laporan bahawa Kementerian Pelajaran akan menghantar sekitar 80,000 guru dari Semenanjung ke negeri ini tahun depan.

Presidennya Dr.James Jemut Masing berkata mereka terutamanya bimbang kerana di kalangan kumpulan itu, sejumlah besar akan terdiri daripada guru agama.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan pra-perayaan Gawai Dayak anjuran Sayap Wanita PRS Bukit Assek di sini malam tadi, beliau berkata, “Mereka (guru-guru agama) itu tidak dilihat sebagai ustaz atau ustazah
tetapi sebagai kaunselor bagi “perkara yang saya tidak pasti”.

Hal ini membimbangkan dalam erti bahawa jika mereka sebenarnya sebagaimana dikatakan, kecenderungan untuk mengajar tidak ada tetapi lebih kepada melihat aspek-aspek agama, dakwa beliau.

See also  Taylor's Uni shines in QS World University Rankings

“Di sinilah mungkin timbul implikasi berlainan,” katanya.

“Saya harap saya salah. Saya senang hati jika saya salah,” tambahnya.

Sarawak, mengikut Masing, selama ini begitu aman dan liberal dalam banyak hal termasuk agama. Beliau berkata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah contoh yang sangat baik bila beliau membenarkan orang Kristian di negeri ini menggunakan perkataan “Allah” dalam ibadah mereka sedang ia menjadi isu yang sangat kontroversial dan panas di Semenanjung.

Masing berkata beliau khuatir langkah (menghantar guru) itu akan mengorbankan potensi guru-guru Sarawak.

“Saya fikir kita mempunyai cukup guru yang berpotensi di Sarawak untuk mengajar di negeri ini.

“Kita sudahpun mempunyai jumlah yang cukup besar dari Semenanjung, 30,000 orang mengajar di negeri ini,” katanya.

See also  CTOS and AirAsia Academy join forces to empower SMEs

Masing berkata PRS akan melihat masalah ini selanjutnya.

– Bernama