Futsal bantu pembangunan sekolah di Labuan

Futsal bantu pembangunan sekolah di Labuan

Pertandingan itu telah menarik sebanyak 30 pasukan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Pada hujung minggu lalu Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam, Wilayah Persekutuan Labuan, telah menganjurkan pertandingan Futsal Tertutup Labuan bagi mengisi salah satu program tahunan mereka.

Pertandingan ini telah diadakan selama dua hari, dari 21 hingga 22 Mei, di padang futsal sekolah berkenaan. Pertandingan itu telah menarik sebanyak 30 pasukan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Dalam temubual bersama Komunitikini, pengerusi PIBG sekolah tersebut, Tuan Haji Shuib, menyatakan, “Pertandingan ini adalah merupakan salah satu acara dalam kalender tahunan bagi mengisi kekurangan kewangan (sekolah) serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan diantara ibubapa dan guru-guru sekolah ini”.

“Tabung PIBG sekolah ini perlu ditambah dari masa ke semasa kerana melalui kewangan yang mampan segala aktiviti di sekolah ini dapat dilaksanakan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan guru yang terbilang,” ujar beliau.

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School

Sementara itu pasukan Messi Bambu FC telah menjuarai pertandingan itu dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. Naib-juara, pasukan Bomba FC, menerima RM 700, manakala dua pasukan lain berkongsi hadiah bernilai RM400 setiap satu iaitu pasukan Babalan FC dan Tambuakar FC.

Ridzuan