Kegiatan gengster mencabar polis di Sarawak

Kegiatan gengster mencabar polis di Sarawak

KUCHING – Polis Sarawak sentiasa mempergiatkan usaha untuk menggempur kegiatan gengster di negeri ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh. Beliau berkata pelancaran Ops Cantas Kenyalang sejak April 2007 untuk membanteras kegiatan gengster di negeri ini masih diteruskan sehingga kini untuk memastikan Sarawak bebas kegiatan gengster.

“Polis Sarawak serius dalam menggempur kegiatan gengster. Usaha itu tidakpernah terhenti malah ia sentiasa dipergiatkan dari semasa ke semasa untukmemastikan Sarawak aman dan selamat,” katanya. Mohmad berkata polis juga tidak berkompromi dalam usaha membanteras kegiatangengster.  “Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatanyang mengancam keselamatan dan keharmonian negeri ini,” katanya.

Mohmad berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai dakwaan bahawakegiatan gengster yang sunyi dan lesap seketika, mulai aktif semula berikutanbeberapa kejadian yang berlaku di Sibu akhir-akhir ini. Antara insiden yang berlaku termasuk kereta milik seorang pegawai polis yangberpangkat Inspektor telah dilemparkan bom Molotov di Jalan Tuanku Osman di Sibu serta rumah seorang ahli perniagaan di Maludan yang dilepaskan tembakan oleh beberapa lelaki.

Ops Cantas Kenyalang dilancarkan pada April 2007 apabila Anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengecam polis kerana gagal mengatasi kegiatan kongsi gelap di negeri itu. Berikutan operasi tersebut, ketua dan orang-orang kanan kumpulan gengster telah ditahan dan dikenakan tindakan mengikut Ordinan Darurat 1969 dan juga AktaKediaman Terhad.