MPK raih emas tertinggi sukan badan berkanun 2011

MPK raih emas tertinggi sukan badan berkanun 2011

Keputusan itu membolehkan MPK berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan jumlah 32 mata mengatasi 66 pasukan yang bertanding pada kejohanan itu.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) berjaya mengungguli Kejohanan Sukan Badan Berkanun 2011 yang diadakan di Terengganu apabila memperolehi pungutan emas tertinggi dengan 5 pingat di situ.

Keputusan itu membolehkan MPK berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan jumlah 32 mata mengatasi 66 pasukan yang bertanding pada kejohanan itu.

Yang Di Pertua MPK, Datuk Mislan Tugiu berkata pencapaian cemerlang kontijen MPK adalah kejayaan berterusan anak buahnya dalam bidang sukan di peringkat kebangsaan.

“Lima emas dan dua perak membuktikan MPK kini setaraf dengan pasukan lain dalam menghadapi pertandingan terutama di peringkat nasional.

“Paling membanggakan, boling padang yang mendapat tiga emas selain karom dan dart serta perak daripada pasukan ping pong dan boling,” katanya.

See also  IRONMAN 70.3: Desaru Coast to host "Torture Camp"

Sementara itu, pemain boling padang, Muhamad Azwan Shuhaimi,25, kejayaan memenangi emas bagi acara berpasukan merupakan sesuatu yang membanggakan.

Azwan yang juga kakitangan Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam (JKPA) menjelaskan,kejayaan itu adalah kesinambungan terdahulu di mana beliau muncul juara dalam Kejohanan Boling Padang Individu Kebangsaan 2011 yang diadakan baru-baru ini.

“Sokongan rakan sepasukan,jurulatih dan Pengarah JKPA, Norfiza Mahfiz banyak membantu dalam usaha memburu pingat emas buat MPK kali ini,”katanya.