Ditipu lebih RM1 juta oleh “Datuk” in Kota Kinabalu

Ditipu lebih RM1 juta oleh “Datuk” in Kota Kinabalu

Polis sedang mencari seorang lelaki yang disyaki perancang utama, yang menyamar sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan lebih RM1juta bulan lepas.

Polis sedang mencari seorang lelaki yang disyaki perancang utama, yang menyamar sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan lebih RM1juta bulan lepas.

Lelaki yang dikenali sebagai Rasul Ibnu itu merupakan antara tiga lelaki berusia antara 44 dan 58 tahun, yang disyaki memperdaya seorang pelabur Koreadan rakyat tempatan untuk menjadi rakan kongsi dalam dua projek kerajaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dua rakan lelaki terbabit, seorang rakyat Filipina dan seorang lagi menggunakan gelaran ‘Datuk’ ditahan disekitar bandar ini dalam tempoh 24 jam selepas polis menerima aduan daripada lelaki Korea itu 10 Mei lepas.

“Tiga lelaki ini kononnya mendakwa syarikat mereka memperoleh projek pembangunan kerajaan iaitu projek membina 1,036 unit rumah kos rendah bernilai RM250 juta di Kampung Mandahan, Papar.

“Mangsa kemudian menyerahkan wang sebanyak RM1 juta secara tunai dan melalui transaksi bank kepada suspek. Bagaimanapun pada akhir bulan lepas, mangsa menyedari ditipu setelah dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa segala dokumen yang ditandatanganinya adalah palsu,” katanya pada sidang akhbar mengenai kesitu di sini hari ini.

Hamza berkata tiga lelaki itu membuat tawaran menarik iaitu mangsa akan memperoleh 95 peratus daripada nilai keseluruhan projek, selain memperkenalkan diri mereka sebagai seorang yang kononnya bergelar Datuk dan Pengerusi SPNB bagi
menambah keyakinan mangsa untuk melabur.

Beliau berkata tiga lelaki terbabit juga dipercayai memperdaya seorang lelaki tempatan untuk membayar RM450,000 pada Mac lepas untuk menjadi rakan kongsi dalam projek pembinaan jalan raya bernilai RM141 juta di Lahad Datu.

Hamza berkata dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit dan kes itu supaya menguhubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

– Bernama