Majlis Perbandaran Sibu kecewa dengan kontraktor

Majlis Perbandaran Sibu kecewa dengan kontraktor

Majlis Perbandaran Sibu (MPS) kecewa dengan cara kontraktor yang mengendalikan projek tebatan banjir berharga RM230 juta di Jalan Lanang melaksanakan kerjanya.

(photo:dcubillas)

Majlis Perbandaran Sibu (MPS) kecewa dengan cara kontraktor yang mengendalikan projek tebatan banjir berharga RM230 juta di Jalan Lanang melaksanakan kerjanya.

Timbalan Pengerusinya Daniel Ngieng berkata MPS menerima pelbagai sungutan daripada pengguna jalan raya tentang perkara itu termasuk kegagalan kontraktor berkenaan menjalankan kerja pada hari cuti dan hujung minggu.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Ngieng menggesa kontraktor terbabit supaya menyiapkan projek itu mengikut jadual kerana jalan berkenaan menjadi penghubung penting antara bandar ini dan bandar lain.

“Kami dikritik daripada pelbagai sudut oleh orang ramai, tapi kami tidak dapat berbuat apa-apa, selain berharap projek ini disiapkan mengikut jadual. Sebelum itu, beliau diberi taklimat oleh wakil syarikat berkenaan tentang kemajuan projek tersebut.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Projek itu mula dilaksanakan oleh Hock Seng Lee Group pada Februari 2009 dan dijadualkan siap pada Februari 2012. Wakil syarikat itu Ting Sing Kwong berkata setakat ini, projek berkenaan telah 60 peratus siap dan pihaknya akan menambah pekerja untuk memastikan ia siap mengikut jadual.

– Bernama