Keadaan jalan Telupid-Pinangah, Sabah, membebankan penduduk

Keadaan jalan Telupid-Pinangah, Sabah, membebankan penduduk

Keadaan jalan yang tidak diselenggara di antara Telupid-Pinangah, Sabah menyebabkan penduduk tidak dapat keluar untuk menjual hasil tanaman mereka.

Keadaan teruk jalan yang menghubungkan Telupid ke Pinangah menyebabkan 500 orang penduduk kampung di Pinangah mengalami kesukaran untuk mengeluarkan hasil pertanian dan melaksanakan kegiatan harian mereka.

Para penduduk menggesa syarikat yang bertanggungjawab membuat kerja-kerja penyelenggaraan serta membaik pulih jalan tersebut untuk membaiki segera jalan tersebut.

Wakil rakyat Kuamut, Masiung Banah (kiri) berkata, penyelenggaraan jalan tersebut adalah penting kerana ianya merupakan satu-satunya jalan yang boleh digunakan oleh penduduk tempatan bagi memasarkan hasil-hasil pertanian ke bandar.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau juga berkata keadaan jalan tersebut turut menyebabkan hasil kebun kecil penduduk seperti buah sawit yang telah dituai akan rosak kerana tidak dapat dikeluarkan untuk dijual kepada kilang sawit. Ini menyebabkan kerugian kepada penduduk tempatan.

Masiung menggesa syarikat yang bertanggungjawab agar membuat kerja-kerja penyelenggaraan dengan kadar yang segera demi keselesaan para pengguna jalan tersebut.

 

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Gary Louis Supi