Tanah runtuh besar, jalan Ranau-Kundasang terputus

Tanah runtuh besar, jalan Ranau-Kundasang terputus

UPDATED – Jalan utama menghubungkan Ranau – Kundasang telah terputus buat masa ini setelah satu kejadian tanah runtuh yang besar berlaku tengahari tadi.

Jalan utama menghubungkan Ranau – Kundasang buat masa ini terputus setelah satu kejadian tanah runtuh besar berlaku tengahari tadi kira-kira 7 kilometer dari Kinabalu Park.

Kesesakan lalu lintas dapat dilihat dari kedua-dua arah sepanjang lebih dua kilometer, apabila laluan tersebut tidak dapat dilaluï walaupun oleh kenderaan berat.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Tinjauan yang dilakukan di tempat kejadian mendapati bahawa jalan sepanjang lebih 50 meter ditimbusi tanah daripada kawasan bukit berhampiran.

Hanya satu jengkaut dilihat sedang memindahkan tanah di laluan sebelah Ranau, dan satu jentolak di laluan sebelah Kundasang.

Pekerja yang ditemuï oleh wartawan Komunitikini di tempat kejadian memberitahu bahawa masa yang lama diperlukan memandangkan kawasan jalan raya yang ditimbusi adalah agak luas, dan jumlah isipadu tanah yang perlu dipindahkan adalah agak besar.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  51 Malaysians are missing in Nepal. Here is why this keeps happening.

Hujan lebat berterusan  yang turun di kawasan Kundasang dijangka akan mengeruhkan lagi keadaan.

Sekurang-kurangnya tiga lagi kejadian tanah runtuh dapat dilihat di laluan dari Kota Kinabalu ke Kundasang yang menyebabkan hanya satu laluan dibuka kepada kenderaan.

Pengguna dinasihatkan agar mengambil laluan alternatif menggunakan laluan Kota Kinabalu – Kota Marudu – Pitas – Nangoh – Beluran.

 

Mohd Adlan Mohd Shariffuddin