MPK komited dalam penjagaan sungai

MPK komited dalam penjagaan sungai

Sungai merupakan salah satu sumber yang penting kepada manusia dan mempunyai pelbagai fungsi antaranya alat perhubungan, pertanian dan bekalan air khususnya kepada penduduk setempat.

Sungai merupakan salah satu sumber yang penting kepada manusia dan mempunyai pelbagai fungsi antaranya alat perhubungan, pertanian dan bekalan air khususnya kepada penduduk setempat.

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK),Ikhsan Mukri berkata,isu berkaitan pengurusan dan kebersihan sungai kian mendapat perhatian berikutan kualitinya yang semakin merosot sejak kebelakangan ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya, majlis sentiasa peka dengan isu berkenaan dan usaha memelihara serta mengindahkan sungai sentiasa berterusan bagi meminimumkan impak terhadap sungai kesan daripada pelbagai aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran kelak.

“Keprihatinan dan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar adalah tonggak utama bagi memastikan masyarakat memberi perhatian khususnya kebersihan sungai.

“Malah program yang diadakan ini juga telah memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pemuliharaan dan pembangunan sungai di sini,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Over 100 bird species recorded across Seberang Perai forests

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program LA 21 Selangor ,Pengindahan Dan Pemuliharaan Alam Semulajadi bertempat di Taman Pengkalan Batu di sini.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor, Norasiah Bee Mohd Haniff ,ahli majlis, ketua-ketua jabatan dan penduduk setempat.

Pada program itu, pelbagai aktiviti diadakan antaranya penanaman pokok,perasmian ‘Smart Bin’ dan ‘River Rangers’ serta pertandingan memancing dan turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Parit Dan Saliran (JPS),Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta beberapa jabatan yang lain.

Ikhsan berkata, tahap kesedaran orang ramai dalam menjaga dan memelihara serta memahami kepentingan sungai kepada umum semakin positif melalui program seperti itu dan akan diteruskan pada masa akan datang.

See also  GE Aerospace volunteers remove 142kg of waste from Bagan Lalang