Pertandingan hafazan al-Quran di Pahang bermula hari ini

Pertandingan hafazan al-Quran di Pahang bermula hari ini

Majlis menghafaz al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-32 akan berlangsung selama lima hari mulai hari ini di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.

Majlis menghafaz al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-32 akan berlangsung selama lima hari mulai hari ini di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang.

Majlis yang dianjur bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan Pahang itu disertai 73 peserta dari 14 negeri.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Pegawai Perhubungan Awam Jakim Asiah Alkharib Shah dalam satu kenyataan, berkata penganjuran majlis secara tahunan itu menggambarkan komitmen kerajaan yang memandang tinggi terhadap para huffaz di Malaysia dalam memartabatkan al-Quran dan menjunjung syariat Islam.

Majlis  akan dirasmikan oleh  Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob malam esok yang akan dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom manakala majlis penutupan dan penyampaian hadiah akan disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

See also  Bharatanatyam maestro Shanmuga Sundaram to perform at Sutra House

– Bernama

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →