Kemayan City bakal dibangun semula

Kemayan City bakal dibangun semula

Kemayan City merupakan antara 19 bangunan terbengkalai yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Kemayan City merupakan antara 19 bangunan terbengkalai yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Bangunan ini bakal dipulihkan berdasarkan pelan bangunan yang diluluskan pada tahun lalu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurut Datuk Bandar Johor Bahru, Mohd Jaffar Awang, pemaju telah dilantik dan kerja-kerja membaik pulih bangunan berkenaan sepatutnya sudah bermula Januari 2011 yang lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana terdapat beberapa masalah tertentu.

“Bahagian lot tanah seluas 1.6 hektar yang terletak berhampiran dengan Kemayan City juga akan dibangunkan termasuk laluan pejalan kaki yang menghubungkan dua bangunan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar ‘Abandoned Buidings: From Abandon to Abundant’, di Thistle Hotel.

Kompleks membeli belah yang terbiar sejak pembukaannya pada tahun 1998, mempunyai keluasan 720,000 kaki persegi dan terletak di atas tapak seluas 4.8 hektar di Tampoi, kira-kira 12 km dari Johor Bahru.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →