Warga emas meninggal, gara-gara ambulan lambat

Warga emas meninggal, gara-gara ambulan lambat

Seorang warga emas meninggal dunia selepas hampir satu jam bertarung nyawa, disebabkan kelewatan oleh ambulan sampai di lokasi kejadian di, Pasir Gudang, kelmarin.

Seorang warga emas meninggal dunia selepas hampir satu jam bertarung nyawa, disebabkan kelewatan oleh ambulan sampai di lokasi kejadian di, Pasir Gudang, kelmarin.

Menurut jiran mangsa, R Perumal, 40, mangsa K Kaliappan, 67, tiba-tiba diserang sesak nafas kira-kira jam 5:40 petang.

Beliau terus menghubungi ambulan kira-kira jam 5:45 petang selepas dimaklumkan oleh keluarga mangsa.

“Selepas 15 minit menunggu, saya menghubungi talian 999 sekali lagi untuk mendapatkan bantuan.

“Selepas itu, saya menghubungi talian kecemasan pada jam 6:30 petang kerana ambulan masih belum sampai tetapi dimaklumkan ambulan sedang dalam perjalanan.

“Kami yang cemas terus menunggu dengan penuh harapan agar ambulan cepat sampai namun setelah hampir sejam mangsa bertarung nyawa, akhirnya mangsa menghembuskan nafas terakhir sebelum ambulan sampai kira-kira jam 7 malam,” katanya.

See also  CAP calls for shorter hours for eateries to combat obesity

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Penduduk, Shamsul Bahrin Ibrahim, ini adalah kejadian kedua yang melibatkan kematian disebabkan oleh kelewatan ambulan.

Tambah beliau, situasi yang sama berlaku dalam kejadian 25 Mac lalu apabila ambulan hanya sampai ke lokasi selepas lebih sejam dihubungi.

“Isteri mangsa berlari ke pejabat saya jam 8:30 pagi meminta bantuan kerana ambulan yang dihubungi sejak jam 7 pagi masih belum tiba.

“Mangsa yang bertarung nyawa lebih sejam meninggal dunia sebelum ambulan tiba lebih kurang jam 8:45 pagi dengan alasan jalan sesak pada waktu kemuncak,” katanya.

Katanya, walaupun Klinik 1Malaysia ada di Taman Cendana tetapi ia hanya untuk kes ringan.

“Agak sukar bagi kenderaan persendirian seperti kami, jiran-jiran mangsa untuk menempuh jalan sesak pada waktu kemuncak yang boleh memburukkan lagi keadaan.”

See also  Silent threat: Early detection key in beating oral cancer