Cuaca ganas menyebabkan pokok hempap rumah

Cuaca ganas menyebabkan pokok hempap rumah

Penghuni sebuah rumah di Kubang Arang dekat sini terselamat apabila sebatang pokok keriang dianggarkan berusia 50 tahun tumbang dan menghempap bumbung kediaman mereka itu ketika angin kencang pagi tadi.

Penghuni sebuah rumah di Kubang Arang dekat sini terselamat apabila sebatang pokok keriang dianggarkan berusia 50 tahun tumbang dan menghempap bumbung kediaman mereka itu ketika angin kencang pagi tadi.

Kejadian berlaku pada 6 pagi ketika Zumie Abu Bakar, 29, dan suami Aziziwazuzraidi Azizan, 37, bersama empat anak mereka berusia antara tiga dan 10 tahun sedang tidur.

Menurutnya, mereka menyelamatkan diri ke sebuah rumah berhampiran akibat kejadian itu kerana bimbang rumah itu runtuh.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Zumie, yang mengandung lima bulan berkata, kejadian itu turut memusnahkan peti televisyen dan almari dalam rumah pusaka yang didudukinya sejak dua tahun lalu.

Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa berkata, sebanyak 15 buah rumah rosak dilanda ribut dalam kejadian petang semalam dan pihaknya sedang membuat bancian kerosakan dan menilai kerugian.

See also  51 Malaysians are missing in Nepal. Here is why this keeps happening.

Rumah-rumah terbabit ialah lapan di kawasan Guar Sanji, tiga di Bintong, dua di Simpang Empat dan masing-masing sebuah di Indera Kayangan dan  Chuping.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

— Bernama