Peniaga dijumpai dibunuh dan disumbat dalam kereta

Peniaga dijumpai dibunuh dan disumbat dalam kereta

Seorang lelaki yang dipercayai ahli perniagaan dijumpai mati dengan mayatnya disumbat dalam bonet kenderaan miliknya di Simpang Empat Salam dekat sini malam tadi.

Seorang lelaki yang dipercayai ahli perniagaan dijumpai mati dengan mayatnya disumbat dalam bonet kenderaan miliknyadi Simpang Empat Salam dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliluddin Rahim berkata mayat lelaki itu yang dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh lebih lapan jam sebelum ditemui.

“Pihak polis menerima laporan daripada seorang penjual air tebu memaklumkan mengenai penemuan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios berwarna hitam yang berada dalam keadaan mencurigakan dan tidak berkunci di kawasan itu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Hasil pemeriksaan pihak polis yang tiba di kawasan itu kira-kira pukul 10 malam tadi membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai ahli perniagaan berusia 56 tahun,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai berasal dari Batu Dua, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mayat tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan Mazlan Lazim ketikadihubungi berkata siasatan awal mendapati mangsa dibunuh di Kampung Tok Pelanduk, Rantau Panjang iaitu kira-kira lima kilometer dari tempat mayat ditemui.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

— Bernama