Perkhidmatan KTM ke selatan dan pantai timur tergendala

Perkhidmatan KTM ke selatan dan pantai timur tergendala

Perkhidmatan tren Ekspres Sinaran Selatan(KL Sentral-Singapura) dan Ekspres Senandung Wau (Tumpat-KL Sentral) dihentikan sementara berikutan banjir di Km 522 hingga 522.25 antara Tampin dan Batang Melaka.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan di sini, berkata kejadian banjir itu menyebabkan enam ‘sleeper’ tergantung.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Tindakan memberhentikan sementara perkhidmatan itu adalah untuk menjaga keselamatan penumpang memandangkan landasan tidak selamat untuk dilalui apabila dinaiki air,” kata kenyataan itu.

KTMB menjangkakan berlaku kelewatan waktu berlepas dan tiba pada petang inidisebabkan kerja membaik pulih landasan yang giat dijalankan.

Kenyataan itu berkata KTMB juga akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui media.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, orang orang diminta hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862.

– Bernama