Penyeludup ditangkap di Tawau

Penyeludup ditangkap di Tawau

Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tawau merampas 5,742 kilogram gula pasir, 2,601 kg minyak masak dan 120 botol minuman keras yang cuba diseludup ke negara jiran malam tadi dan pagi ini.

Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tawau merampas 5,742 kilogram gula pasir, 2,601 kg minyak masak dan 120 botol minuman keras yang cuba diseludup ke negara jiran malam tadi dan pagi ini.

Jurucakapnya ASP Krishnan Ramasamy berkata, rampasan pertama dilakukan dalam sebuah feri penumpang di perairan Tanjung Batu pada 7.15 malam semalam, melibatkan 153 kg minyak masak pelbagai jenama dan 120 botol minuman keras.

Rampasan kedua melibatkan gula pasir sebanyak 702 kg di kawasan sama 15 minit kemudian dalam sebuah feri berlainan. Kedua-dua rampasan itu dilakukan oleh anggota dua kapal peronda.

Krishnan berkata rampasan ketiga melibatkan 2,448 kg minyak masak pelbagai jenama dan 5,040 kg gula pasir dari sebuah jongkong di kawasan jeti pangkalan Pasir Putih pada 1 pagi tadi.

Dua lelaki tempatan berumur 25 dan 49 tahun turut ditangkap bersama jongkong dan enjin yang digunakan.

— BERNAMA