MPK agresif tangani isu sampah

MPK agresif tangani isu sampah

Beberapa penambahbaikan sedang giat dijalankan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam usaha menangani masalah sampah di kawasan ini.

Beberapa penambahbaikan sedang giat dijalankan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam usaha menangani masalah sampah di kawasan ini.

Ahli majlis, Choo Teck Keong berkata antara usaha itu ialah penambahan tong sampah pemantauan dan kawalan secara agresif daripada setiap jabatan yang terlibat.

Menurutnya, majlis juga akan mengadakan beberapa aktiviti antaranya gotong royong, pertandingan kebersihan dan penguatkuasaan di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti di sini.

“Setiap jabatan di dalam majlis telah memainkan fungsi tersendiri dalam memastikan isu berkaitan sampah akan dapat ditangani secara efisyen.

“Malah Jabatan Alam Sekitar juga telah merangka beberapa aktiviti dan program berkaitan kebersihan dan pengawalan sampah terutama di beberapa lokasi yang sering mengalami masalah ini,” katanya ditemui ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kebersihan Daerah Klang di sini.

Hadir sama ahli majlis, pengarah jabatan, wakil Alam Flora dan ketua-ketua kampung yang terlibat.

Sementara itu, Pengarah JAS MPK, Wan Ahmad Sofian Wan Husain berkata, pertandingan Kebersihan Kampung dan Taman-Taman Perumahan yang bakal diadakan pada bulan lima itu mendapat sambutan di luar jangkaan.

Menurutnya, penganjur telah menerima permohonan 35 taman perumahan dan 15 buah kampung bagi menyertai pertandingan yang bertujuan untuk mendidik masyarakat bagi menghargai kebersihan di kawasan masing-masing.