Adun cadang pemindahan stesen KTM Taiping

Adun cadang pemindahan stesen KTM Taiping

Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dicadangkan supaya memindahkan operasi kereta api di stesen Taiping ke Pondok Tanjung, kata anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kubu Gajah Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dicadangkan supaya memindahkan operasi kereta api di stesen Taiping ke Pondok Tanjung, kata anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kubu Gajah Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Beliau berkata cadangan itu boleh dilakukan sebaik sahaja perkhidmatan kereta api laluan berkembar beroperasi kelak.

“Pembangunan pesat di Taiping menyebabkan berlakunya kesesakan di kawasan stesen kereta api sedia ada…terlalu banyak gerai makanan, tiada kemudahan tempat letak kenderaan yang cukup menimbulkan masalah kepada orang ramai,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata stesen Pondok Tanjung yang diperbesarkan itu mempunyai kawasan yang mencukupi untuk dibangunkan dan sesuai bagi kerancakan perkhidmatan kereta api tidak lama lagi.

Katanya ini kerana stesen Pondok Tanjung juga dilengkapi dengan perkhidmatan pengangkutan awam lain bagi menghubungkan sekitar Selama, Batu Kurau dan Kubu Gajah.

“Dalam pelan pembinaan laluan kereta api berkembar ke utara, KTMB tidak memasukkan stesen ini. Sekiranya ia tidak dibina, kawasan itu akan terus terpinggir dari arus pembangunan,” katanya.

Raja Ahmad Zainuddin berkata KTMB harus sedar bahawa kawasan berkenaan berada di dalam kawasan pembangunan pertanian dan pendidikan yang dirancang oleh kerajaan negeri Perak.

“Kereta api adalah satu-satunya pengangkutan awam yang ada di kawasan itu bagi orang ramai melakukan perjalanan ke utara dan selatan,” katanya.

Beliau berkata stesen yang dikekalkan seperti di Bukit Merah dan Bagan Serai tidak memberikan impak besar kepada pembangunan sekitar kerana ia telah mempunyai jaringan perhubungan yang baik iaitu lebuh raya dan jalan utama persekutuan.

– Bernama