Tiga-puluh-lapan projek rumah terbengkalai dalam pemulihan

Tiga-puluh-lapan projek rumah terbengkalai dalam pemulihan

Menurut laporan diperolehi daripada laman web KPKT pada 15 Februari lalu, kementerian itu sedang mencari pemaju penyelamat dalam usaha perancangan awal untuk memulihkan 38 projek perumahan terbengkalai seluruh negara.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mencari pemaju penyelamat dalam usaha perancangan awal untuk memulihkan 38 projek perumahan terbengkalai seluruh negara.

Menurut laporan terkini diperolehi daripada laman web KPKT pada 15 Februari lalu, ia melibatkan keseluruhan 13,825 unit rumah dan 8,633 pembeli di seluruh negara.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Selangor mencatatkan projek terbengkalai tertinggi iaitu 13 projek diikuti Negeri Sembilan 9 projek, Kedah 3 projek, Pulau Pinang 2 projek, Perak 1 projek, Wilayah Persekutuan 1 projek, Johor 6 projek, Pahang 2 projek dan Pahang 2 projek.

Laporan itu turut menyatakan sebanyak 18 projek terbengkalai dikeluarkan dari senarai terbengkalai dengan bilangan keseluruhan sebanyak 2,433 unit rumah melibatkan seramai 1,273 pembeli seluruh negara.

Antara negeri dikenalpasti adalah Selangor 7 kes, Kedah 1 kes, Perak 2 kes, Negeri Sembilan 2 kes, Melaka 1 kes, Johor 1 kes, Pahang 1 kes, Kelantan 1 kes dan Terengganu 1 kes.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Komunitikini difahamkan, kerajaan kini dalam proses mencari pemaju bagi memulihkan 83 daripada 148 projek perumahan terbengkalai di negara ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha.

Beliau berkata, sebanyak 15 projek perumahan terbengkalai berjaya dipulihkan, 33 dalam proses pemulihan oleh pihak swasta, 10 projek oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), manakala tujuh projek kini menunggu sijil layak menduduki (CFO).

“Kita berharap untuk mengurangkan jumlah projek terbengkalai itu daripada 83 kepada sekurang-kurangnya 70 projek dalam tempoh tiga tahun ini,” katanya.

Cho Ha berkata, Selangor mempunyai jumlah projek terbengkalai paling tinggi iaitu 40 projek, diikuti Johor (33 projek).