Banjir kilat melanda Batu Pahat dan kawasan berdekatan

BATU PAHAT – Seramai 105 orang daripada 42 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan banjir selepas hujan lebat lebih empat jam.

Seramai 105 orang daripada 42 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Suloh, Senggarang, berikutan banjir selepas hujan lebat lebih empat jam.

Pengarah APM Negeri Johor Mat Zin Bin Bujang berkata mangsa daripada Kampung Sungai Suloh dan Sungai Ayam  telah dipindah ke pusat pemindahan sementara sejak jam 5 petang semalam.

“Hujan dan pertembungan air laut pasang besar menyebabkan banjir berlaku sejak lewat petang semalam.” beliau berkata.

Ia  melanda beberapa kawasan di Senggarang membabitkan Kampung Sungai Suloh, Sungai Suloh Besar, Sungai Ayam, Teluk Buloh, Minyak Beku dan Parit Bugis.

Banjir kilat melanda Batu Pahat dan kawasan berdekatan
Hujan dan pertembungan air laut pasang besar menyebabkan banjir berlaku

Bahaya ular

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Batu Pahat, Kapten Mohd Faizie Abd Aziz berkata, dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, seekor daripada ular berkenaan cuba membaham ayam peliharaan penduduk berkenaan.

Ketika pemilik ayam berkenaan memeriksa rebannya, dia terkejut setelah mendapati reptilia yang cuba membaham ayam itu agak besar saiznya, kira-kira enam meter panjang dan seberat 80 kilogram.

“Ketika kejadian, kawasan sekitar dilanda banjir kilat akibat hujan lebat serta pertembungan dengan air laut pasang. Ular itu agak agresif dipercayai sedang mencari makanan

Justeru, beliau turut menasihatkan penduduk yang terjejas agar tidak bermain dengan air banjir ekoran khuatir dengan kehadiran reptilia berkenaan dan haiwan berbisa lain.

“Kalau dah dua ekor ular sawa ditangkap, kita bimbang akan ada ular sawa lain yang berkeliaran. Namun, kami percaya kawasan berhampiran tidak ada sarang ular, kebetulan haiwan terbabit ketika itu keluar mencari makan,” tambahnya.

Banjir kilat melanda Batu Pahat dan kawasan berdekatan
105 orang daripada 42 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara SK Sungai Suloh

Banjir di kawasan lain di Johor

Hujan lebat beberapa jam menyebabkan 234 penduduk daripada 63 keluarga di daerah Kota Tinggi, Mersing dan Segamat dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dinaiki banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan Dan Pendidikan Negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata hujan lebat lebih dua jam menyebabkan enam pusat pemindahan di tiga daerah itu dibuka secara peringkat sejak 9 pagi tadi hingga 6 petang.

“Banjir di Mersing membabitkan kawasan air papan dan beberapa kampung termasuk Kampung Tanjung Genting, Tenglu Besar, Kelantan Dan Semanyir, Endau, Air Tawar serta Taman Nakhoda membabitkan 173 orang daripada 46 keluarga.

“Manakala banjir di Kota Tinggi membabitkan Kampung Bukit Raja dengan 10 orang daripada tiga keluarga dari kampung itu dipindahkan sementara Di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Ramunia,” katanya.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].