Warga Bangladesh ditikam mati oleh perompak

Warga Bangladesh ditikam mati oleh perompak

Seorang warga Bangladesh mati manakala rakan senegaranya cedera dalam pergelutan dengan perompak di sebuah kongsi di kilang papan kawasan Industri, dekat sini, pagi tadi.

Seorang warga Bangladesh mati manakala rakan senegaranya cedera dalam pergelutan dengan perompak di sebuah kongsi di kilang papan kawasan Industri, dekat sini, pagi tadi.

Rashid Khan, 33, yang ditikam dengan pisau pada bahagian dada kiri, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Gua Musang manakala rakannya, Abdul Salam, 36, yang cedera bawah ketiak kiri kini dalam keadaan stabil dan dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata kejadian pada 2.30 pagi itu berlaku semasa kedua-dua pekerja itu sedang tidur dalam sebuah bilik bangunan rumah kongsi di kawasan kilang papan itu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata mereka tersedar daripada tidur setelah terdengar sesuatu yang berlaku dan melihat dua lelaki bertopeng berada dalam kongsi mereka sedang mengambil sebuah komputer riba dan telefon bimbit.

“Mereka mengepung dua perompak itu sehingga dapat memberkas seorang daripadanya tetapi berlaku bergelutan sebelum perompak itu menikam kedua-duanya,” kata Saiful Bahri.

Mayat Rashid Khan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh bagi urusan pengebumian.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama