Kampung Tinanom Lama akan dipulihkan semula

Kampung Tinanom Lama akan dipulihkan semula

Tiada siapa yang menduga apabila Kampung Tinamon Lama, terletak kira-kira 80 kilometer dari Ranau, yang telah menjadi ‘Ghost Town’ apabila ditinggalkan sejak sekian lama oleh penduduk asalnya akibat masalah perhubungan, kemudahan dan keterpencilanya, akan dipulihkan semula apabila sebuah syarikat tempatan telah bersetuju untuk membangunkan semula kampung asal tersebut.

Tiada siapa yang menduga apabila Kampung Tinamon Lama, terletak kira-kira 80 kilometer dari Ranau, yang telah menjadi ‘Ghost Town’ apabila ditinggalkan sejak sekian lama oleh penduduk asalnya akibat masalah perhubungan, kemudahan dan keterpencilanya, akan dipulihkan semula apabila sebuah syarikat tempatan telah bersetuju untuk membangunkan semula kampung asal tersebut.

Dalam satu Majlis Pecah Tanah bagi tujuan meratakan tapak perumahan kepada seramai 60 keluarga di sana, Ketua kampung Tinamon Lama Sikim Luting yang ditemui berkata, seluas 100 ekar tanah di kawasan itu akan digazetkan sebagai tapak perkampungan kepada penduduk  bagi mendirikan rumah baru di kawasan itu.

Gambar… Datuk Ewon (tengah), Yee Ping (4 kiri), Japirin (2 kiri), Jefrin (kanan sekali), Japari (5 kanan) dan  Sikim (7 kiri) bergambar kenangan di tapak kampung asal Tinanom Lama.

Penduduk kampong juga  telah meminta bantuan daripada syarikat terbabit dengan menggunakan sumber sedia ada di kampung itu sebagai modal mengusahakan tanah mereka yang  dianggarkan seluas 2,500 ekar untuk ditanami kelapa sawit, getah dan buah-buahan, kata Sikim sambil menambah bahawa wakil rakyat kawasan itu Datuk Ewon Ebin juga memainkan peranan penting dalam usaha itu.

See also  Forest City gains momentum with high-profile visit

Menurutnya lagi bahawa syarikat terbabit, Syarikat Tekad Kerjaya Trading yang berasal dari Keningau, telah bersetuju membantu membina dan membangunkan semula penempatan di situ secara usahasama dengan kos penyelenggaraan meratakan tapak perumahan dibiayai oleh syarikat berkenaan.

Pengurus syarikat  Bong Yee Ping yang hadir sama pada majlis itu berkata syarikatnya bukan sahaja bersetuju meratakan tapak perumahan malahan akan membantu penduduk membina jalan-jalan khusus yang menuju ke kawasan perkebunan mereka

Beliau turut menyatakan kesediaannya membina sebatang jalanraya keluar  dari kampung berkenaan yang akan dihubungkan ke daerah Keningau melalui kampung Kanawahon sejauh kira-kira 20 kilometer bagi memudahkan perhubungan penduduk terpencil antara kedua buah daerah terbabit.

Ewon dalam ucapan ringkasnya di majlis tersebut juga turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat berkenaan kerana sanggup menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan , khususnya rakyat yang tinggal di kawasan terpencil di pedalaman.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Ewon turut menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya mengemukakan permohonan tanah di kawasan terbabit secara  ‘Communal Title’ (geran bersama) bagi mempercepatkan urusan pemilikan.

Turut serta pada majlis itu Setiausaha Politik dan Setiausaha Perhubungan Kementerian Japirin Sahadi dan Japari Yadam, Pemimpin Kemajuan Rakyat Jefrin Majangki, Pegawai Perhubungan Parlimen John Baranting yang mewakili Datuk Siringan Gubat dan pemimpin setempat.

Gary Louis Supi