Orang ramai dijemput menghadiri karnival Selangor Ria pada 18 Disember hingga 26 Disember ini bertempat di tempat letak kereta Stadium Malawati Shah Alam.
PERTANDINGAN POCO-POCO
Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan kategori Bawah 20 Tahun dan Bawah 40 Tahun. Setiap pasukan mempunyai ahli tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih dari 10 orang termasuk seorang pengurus pasukan. Pertandingan akan diadakan pada 20 Disember 2010 jam 10 pagi di tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
JUARA : RM 1,500.00
NAIB JUARA : RM 1,000.00
KETIGA : RM 800.00
Urusetia : Azmir, Seksyen Sektoral
Telefon : 03-5544 7920 / 7318 / 7145
Tarikh tutup pendaftaran pasukan : 10 Disember 2010 jam 5 petang
PERTANDINGAN MENANGKAP IKAN DALAM LUMPUR
Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan terhad kepada 60 peserta. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang peralatan untuk menangkap ikan (menggunakan anggota badan sahaja). Pertandingan akan diadakan pada 26 Disember 2010 jam 10 pagi di pentas utama tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
JUARA : RM 1,000.00
NAIB JUARA : RM 800.00
KETIGA : RM 500.00
Urusetia : Seksyen Sektoral
Telefon : 03-5544 7156 / 7152 / 7487 / 7145
Tarikh tutup pendaftaran pasukan : 10 Disember 2010 jam 5 petang
PERTANDINGAN MENGHASILKAN DODOL
Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara berkumpulan. Peserta perlu menghasilkan 2 kg dodol dengan memasak secara tradisional (menggunakan kayu api atau gas). Pertandingan akan diadakan pada 26 Disember 2010 jam 9.30 pagi di tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
JUARA : RM 3,000.00
NAIB JUARA : RM 2,000.00
KETIGA : RM 1,000.00
Urusetia : Seksyen Sektoral
Telefon : 03-5544 7156 / 7152 / 7487 / 7145
Tarikh tutup pendaftaran pasukan : 10 Disember 2010 jam 5 petang
PERTANDINGAN BENDANG SOCCER
Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, hanya kategori lelaki terbuka sahaja. Pertandingan akan diadakan dari 18 hingga 26 Disember 2010 di tapak karnival. Mesyuarat wajib bersama pengurus pasukan akan diadakan pada 16 Disember 2010 di Bilik Mesyuarat Kekwa, Seksyen Sektoral, Tingkat 5, Bangunan SSAAS, Shah Alam. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
JUARA : RM 2,000.00
NAIB JUARA : RM 1,500.00
KETIGA : RM 1,000.00
KEEMPAT : RM 500.00
Urusetia : Azmer / Juliana / Norhalina
Telefon : 03-55447487 / 7156 / 7152 / 7318
Tarikh tutup penyertaan : 13 Disember 2010
PERTANDINGAN MENGHIAS KEK
Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 2 orang. Tema hiasan ialah “Selangor Negeri Idaman”. Pertandingan akan diadakan pada 23 Disember 2010 jam 10 pagi di tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
JUARA : RM 1,000.00
NAIB JUARA : RM 800.00
KETIGA : RM 500.00
Telefon Urusetia : 03-55447965 / 7145
Tarikh tutup penyertaan : 21 Disember 2010
PERTANDINGAN MEMASAK KUIH LAPIS
Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 2 orang. Pertandingan akan diadakan pada 22 Disember 2010 jam 10 pagi di tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut :
JUARA : RM 1,000.00
NAIB JUARA : RM 800.00
KETIGA : RM 500.00
Telefon Urusetia : 03-55447965 / 7145
Tarikh tutup penyertaan : 17 Disember 2010
PERTANDINGAN AEROBIKRIA DAN SHUFFLE BARU
Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara individu. Pertandingan diadakan mengikut 3 kategori iaitu:
1. Remaja/Belia (18 – 25 tahun)
2. Dewasa (26 – 40 tahun)
3. Veteran (40 tahun ke atas)
Pertandingan akan diadakan pada 25 Disember 2010 jam 10 pagi di tapak karnival. Tempoh pertandingan ialah selama 2 jam. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut :
Tempat pertama : RM 1,000.00
Tempat kedua : RM 750.00
Tempat ketiga : RM 500.00
Tempat keempat : RM 250.00
Tempat kelima : RM 100.00
Telefon urusetia :
03-55447916 / 7921 ( Johan Sulaiman/Yusnidah)
012 – 3700584 (Malik)
Tarikh tutup penyertaan : 25 Disember 2010 jam 9.30 pagi
PERTANDINGAN JALINAN KASIH SUAMI ISTERI
PERTANDINGAN KASIH DAN SAYANG IBU
PERTANDINGAN NURSERY RHYMES
Dapatkan borang di sini:
http://www.selangor.gov.my/main.php?
Content=vertsectiondetails&VsItemID=318&VertSectionID=373&CurLocation=481&IID
Borang-borang yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada urusetia berikut :
SEKSYEN SEKTORAL TINGKAT 5 BANGUNAN SSAAS 40000 SHAH ALAM
TEL: 03-55447145 / 7168 FAX: 03-55447963 / 55196706
(Penghantaran borang secara faksimili perlu disusuli dengan pengesahan penerimaan melalui telefon dengan urusetia)