Mayat lelaki ditemui dalam lombong

Mayat lelaki ditemui dalam lombong

Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah lombong dengan keadaan tangan dan kakinya diikat dengan wayar di Kampung Keliang, Kalumpang, petang semalam.

Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah lombong dengan keadaan tangan dan kakinya diikat dengan wayar di Kampung Keliang, Kalumpang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Affendi berkata tiga kesan tikaman dikesan di belakang badan lelaki yang dipercayai warga asing berumur 30-an itu, yang ditemui terapung dalam lombong berkenaan oleh orang awam pada kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

“Selain diikat, bahagian muka lelaki itu turut dibalut dengan pita pelekat,” katanya melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar kepada Bernama di sini hari ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata identiti lelaki itu belum dikenal pasti dan mayat lelaki dengan ketinggian 153sm itu ditemui dengan t-shirt belang berwarna coklat dan biru, berseluar jeans berwarna coklat dan bertali pinggang hitam.

Norel Azmi berkata mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk dibedah siasat, dan pemeriksaan awal mendapati lelaki itu mati sejak tiga hari lepas.

Kes bunuh itu sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama