110 pemilik rumah lega kediaman dapat CF

110 pemilik rumah lega kediaman dapat CF

Kira-kira 110 pembeli rumah teres 1 tingkat projek terbengkalai Saujana Putra Fasa 5B boleh menarik nafas lega apabila kediaman mereka telah mendapat Sijil Layak Menduduki Bangunan atau (CF).

Kira-kira 110 pembeli rumah teres 1 tingkat projek terbengkalai Saujana Putra Fasa 5B boleh menarik nafas lega apabila kediaman mereka telah mendapat Sijil Layak Menduduki Bangunan atau (CF) dari Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan, Iskandar Samad berkata projek tersebut telah dimulakan dalam tahun 2003 dan dijangka siap dalam tahun 2005 tetapi pemaju telah gagal menyiapkannya menurut perjanjian jual beli.

Menurutnya, jawatankuasa pemantauan Projek Perumahan Terbengkalai telah memantau dan mengadakan beberapa siri rundingan dengan pemaju, pembeli, MDKL dan agensi-agensi yang berkaitan di dalam usaha untuk memastikan projek terbengkalai itu dapat disiapkan.

“Akhirnya usaha ini telah berhasil apabila masalah-masalah seperti bekalan air dapat diselesaikan dan MDKL telah bersetuju untuk mengeluarkan CF untuk rumah-rumah tersebut,” katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan kunci 110 pembeli rumah teres 1 tingkat projek terbengkalai Saujana Putra Fasa 5B, baru-baru ini.

See also  Forest City gains momentum with high-profile visit

Turut hadir di majlis tersebut  pembantu exco,  Saari Sungib.

Iskandar yang juga ADUN Chempaka berkata, projek perumahan ini adalah di antara lebih 500 buah kediaman di Puchong yang dipantau oleh Task Force yang akan siap selewat-lewatnya bulan Januari hadapan.

“Ternyata sekali kaedah pemantauan dan rundingan yang diambil oleh jawatankuasa pemantau ini adalah berkesan di dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai,” ujarnya.