IKHLAS sasar 1,000 jemaah Pakej Umrah bersama AirAsia X

IKHLAS, cabang perniagaan mesra Muslim di bawah Capital A, mensasarkan lebih 1,000 jemaah bakal menyertai pakej Umrah IKHLAS bagi musim 1444 Hijrah.

IKHLAS, cabang perniagaan mesra Muslim di bawah Capital A, mensasarkan lebih 1,000 jemaah bakal menyertai pakej Umrah IKHLAS bagi musim 1444 Hijrah (2022/2023) dengan penerbangan terus ke Jeddah bersama AirAsia X mulai 16 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IKHLAS, Ikhlas Kamarudin berkata: “Sejak dilancarkan Jun lalu, kami menerima banyak permintaan terutamanya dari golongan muda dan berpengalaman mengerjakan umrah terhadap pakej-pakej yang sesuai dengan mereka. 

“Sempena penyertaan pertama IKHLAS di Matta Fair, kami memperkenalkan tiga pakej umrah yang memenuhi keperluan jemaah masa kini iaitu Umrah Lite, Umrah Jejak Rasul dan Umrah Hawa bermula serendah RM5,990 bagi pelepasan antara November 2022 sehingga Februari 2023.”

“Para jemaah boleh mengikuti kursus umrah percuma secara online atau bersemuka dengan mutawwif yang bertauliah dan diberikan bahan panduan serta rujukan umrah dan ziarah secara digital untuk memudahkan akses mereka sewaktu di Tanah Suci,” tambah Ikhlas.

See also  AITX Asia Interactive Travel Expo brings affordable travel

Pakej Umrah Lite serendah RM5,990 selama 9H/7M dijadualkan berlepas dengan penerbangan terus AirAsia X ke Jeddah mulai 19 November ini sementara pakej 12H/10M Umrah Jejak Rasul (RM7,890) berlepas mulai 16 November dan Umrah Hawa (RM7,690) 13H/11M mulai 21 Disember ini.

“Kami teruja dengan pakej terbaru ini memandangkan rangkaian pakej Umrah IKHLAS bukan sahaja menawarkan keperluan asas seperti tiket penerbangan, lokasi hotel yang strategik, perkhidmatan pengangkutan darat, ziarah ke tempat-tempat suci serta beberapa faedah tambahan, ujar Ketua Komersial IKHLAS Travel & Umrah, Nurfatin Amalia Mohamad Yasin.

“Malah ia turut menawarkan manfaat lain seperti rawatan perubatan tanpa tunai MedicAssist, perkhidmatan porter dan mata poin airasia yang boleh digunakan di seluruh ekosistem airasia, termasuk pakej Umrah bersama IKHLAS.”

See also  AITX Asia Interactive Travel Expo brings affordable travel

Selain pakej umrah, IKHLAS turut menawarkan pakej pelancongan mesra muslim dengan penerbangan terus oleh AirAsia ke destinasi pilihan seperti Seoul, Busan dan Perth serta Pakej Ground ke Maldives, Langkawi, Pulau Mabul dan Kota Kinabalu-Kundasang bermula serendah RM359.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi pakej Umrah IKHLAS dan pakej pelancongan menarik ke destinasi pilihan di dalam dan luar negara layari https://ikhlas.com/umrah/ms/my/.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].