K-Komm perkasa sektor ekonomi perkongsian

K-KOMM dan MDEC akan menubuhkan serta mempengerusikan secara bersama Jawatankuasa Ekonomi Perkongsian (SEC).

ekonomi perkongsian

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menubuhkan serta mempengerusikan secara bersama Jawatankuasa Ekonomi Perkongsian (SEC).

Penubuhan SEC selaku jawatankuasa koordinasi berpusat diumumkan selepas mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

SEC ditubuhkan untuk menasihatkan kerajaan dalam langkah intervensi dan/ atau dasar untuk menyokong pertumbuhan model perniagaan Ekonomi Perkongsian selain melindungi kepentingan pekerja gig serta pengguna platform gig.

Justeru, SEC akan mengetuai semakan Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Nasional berkenaan Ekonomi Perkongsian dengan mengkoordinasi serta menyelaraskan inisiatif berkaitan Ekonomi Perkongsian baharu dan semasa antara kementerian serta agensi yang relevan.

See also  UM and Smart EnerG pioneer solar panel nanocoating

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa berkata, K-KOMM mengiktiraf Ekonomi Perkongsian sebagai satu bentuk model peluang pekerjaan dan sumber pendapatan baharu yang berpotensi kepada rakyat.

“Antara sasaran yang disyorkan kepada SEC termasuklah mencapai pendapatan kumulatif pasaran sebanyak RM2.7 bilion, meningkatkan platform tempatan kepada 206 dan mengiktiraf 50 platform tempatan berdasarkan standard antarabangsa, seterusnya melatih serta mengesahkan 250,000 pekerja gig dalam sektor utama seperti perkhidmatan, logistik dan peruncitan selain membangunkan 100,000 pekerja bebas digital untuk merebut peluang pekerjaan gig bernilai tinggi,” kata Tan Sri Annuar.

“Penghujung tahun 2021 lalu, K-KOMM dan MDEC telah mengesahkan terdapat 137 platform Ekonomi Perkongsian yang beroperasi di Malaysia berbanding hanya lima platform pada tahun 2015.

See also  vivo Malaysia marks 10 years with free concert and major giveaways
Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].