Zon 22 johan keseluruhan Sukan Integrasi Komuniti Bandaraya Ipoh

Karnival Sukan Integrasi Komuniti yang julung-julung kalinya diadakan di negeri Perak ini telah melibatkan peserta dari 24 Zon Ahli Majlis Bandaraya Ipoh.

Sukan Integrasi Komuniti Bandaraya Ipoh
Foto: Majlis Bandaraya Ipoh

Pasukan Zon 22 yang diketuai oleh Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Clr. Datuk Haji Mohd Nasri Shaari telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan Sukan Integrasi Komuniti Bandaraya Ipoh.

Kejohanan tersebut diadakan sempena Sambutan Hari Malaysia Tahun 2022 Merebut Piala YAB Menteri Besar Perak.

Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan, Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohammnad Radzi, telah mewakili Menteri Besar Perak untuk menyempurnakan majlis perasmian dan penutupan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan tersebut.

Penganjuran kejohanan berkenaan adalah usaha untuk mencapai objektif memperkukuhkan institusi keluarga Malaysia yang berteraskan integrasi komuniti di Bandaraya Ipoh.

Sukan Integrasi Komuniti Bandaraya Ipoh
Foto: Majlis Bandaraya Ipoh

Selain daripada itu, ia juga satu inisiatif untuk merapatkan hubungan antara Ahli Majlis, MBI dengan penduduk/orang awam di bawah zon yang diuruskan serta meningkatkan semangat kesukanan dan perpaduan serta gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat khususnya di Bandaraya Ipoh.

See also  GameOn Theme Park opens its largest indoor venue at Melawati Mall

Kerajaan Negeri Perak bersama MBI telah merangka pelbagai inisiatif melalui program-program komuniti yang disediakan sebagai platform untuk pemimpin untuk bertemu dan berinteraksi serta menawarkan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada wargakota Ipoh.

Karnival Sukan Integrasi Komuniti yang julung-julung kalinya diadakan di negeri Perak ini telah melibatkan peserta dari 24 Zon Ahli Majlis MBI.

Karnival yang berkonsepkan sukan komuniti merupakan usaha tambahan bagi menyemai semangat berpasukan, bekerjasama dalam merapatkan hubungan sosial di kalangan masyarakat dan persekitaran serta mengeratkan hubungan di antara Pemimpin dan Rakyat berfokuskan kelompok komuniti di Bandaraya Ipoh.

Sukan Integrasi Komuniti Bandaraya Ipoh
Foto: Majlis Bandaraya Ipoh

Idea Karnival Sukan Integrasi Komuniti amat bertepatan sekali dengan konsep Keluarga Malaysia.

See also  Jameson’s Jingle in the Court: A Christmas bash like no other

Majlis Bandaraya Ipoh telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kejohanan sukan selama 3 hari ini serta memilih Kompleks Sukan MBI sebagai lokasi paling strategik untuk semua peserta berkumpul dan sama-sama menjayakan karnival ini.

5 acara sukan telah dipilih untuk dipertandingkan iaitu bolasepak: cabaran sepakan penalti, bola jaring, dart, sepak raga ratus dan tenpin boling.

Semoga kejohanan ini akan menjadi titik tolak untuk memperkenalkan sukan komuniti untuk mengeratkan silaturrahim serta secara tidak langsung memberi kesan positif kepada kesihatan dan kecerdasan tubuh badan kita serta mengukuhkan perpaduan di kalangan seluruh penduduk di negeri Perak.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].