Imbas, undi dan menang melalui ‘LovePENANG Street Food Competition’

Penganjuran pertandingan ini merupakan salah satu langkah untuk mencapai matlamat kempen LovePENANG iaitu memupuk semangat perpaduan rakyat.

LovePENANG Street Food Competition

Semua warganegara Malaysia khasnya rakyat Pulau Pinang dialu-alukan untuk menyertai ‘LovePENANG Street Food Competition’.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika mengumumkan perkara tersebut memaklumkan bahawa pertandingan tersebut diadakan hasil kesinambungan Kempen LovePENANG dalam memupuk penyertaan rakyat melalui penganjuran pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang menarik.

Penganjuran pertandingan ini merupakan salah satu langkah untuk mencapai matlamat kempen iaitu memupuk semangat perpaduan rakyat tanpa sebarang diskriminasi perkauman atau agama.

“(Hal ini demikian kerana), makanan jalanan atau nama lainnya ‘street food’ Pulau Pinang cukup terkenal dan harus dipelihara serta dihargai oleh penduduk tempatan.

“Bukan itu sahaja, pertandingan ini juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kegiatan ekonomi dalam kalangan pengendali atau penjaja makanan jalanan ini,” ujarnya pada sidang media yang diadakan di Komtar pada 20 September 2022.

See also  GOLDBAR: KL's latest luxury fusion dining destination
LovePENANG Street Food Competition

Mengulas lanjut, Kon Yeow memberitahu bahawa penganjuran ‘LovePENANG Street Food Competition’ berkaitan adalah menggunakan kaedah imbas, undi dan menang yang mana sejumlah RM200,000 menanti mereka (peserta dan pengendali makanan) yang mengambil bahagian.

Individu yang ingin menyertainya boleh memuat turun aplikasi ‘LovePG’ melalui Google Play atau Apple App Store atau melayari laman sesawang lovepg.my untuk terma dan syarat pertandingan.

“Peserta boleh mengundi gerai makanan kegemaran mereka yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini melalui telefon pintar masing-masing.

Terdapat 18 kategori makanan yang dianggap sebagai makanan jalanan ikonik Pulau Pinang dan tiga kategori kumpulan seperti snek, pencuci mulut dan lain-lain makanan.

“Pertandingan ini akan berlangsung selama dua bulan iaitu bermula hari ini, 20 September sehingga 30 November 2022,” jelasnya.

See also  Celebrate Christmas with Captain Shrimp Petaling Jaya
LovePENANG Street Food Competition

Selain hadiah wang tunai, para peserta bertuah juga berpeluang memenangi kredit tunai RM10 melalui e-wallet untuk undian terbanyak (terhad 10 peserta) dalam sehari dan RM50 (juga melalui e-wallet) untuk undian terbanyak dalam seminggu.

Difahamkan, mana-mana pengendali atau penjaja makanan jalanan yang berminat untuk sama-sama menyertai pertandingan ini, boleh mendaftar melalui laman sesawang lovepg.my berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan termasuk memiliki lesen penjaja disahkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Sumber: Buletin Mutiara

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].