Pelajar sertai pertandingan rekacipta Eco Brick peringkat daerah Kuala Langat

Eco brick ialah botol plastik yang dibungkus dengan plastik terpakai pada ketumpatan tertentu dan dijadikan bahan blok bangunan atau perabot, dinding.

Rekacipta Eco Brick
Foto: MPKL FB

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) telah menganjurkan Pertandingan Rekacipta Eco Brick Peringkat Daerah Kuala Langat minggu ini.

Pertandingan tersebut telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Langat, Banting Baru.

Ecobrick ialah botol plastik yang dibungkus dengan plastik terpakai pada ketumpatan tertentu dan dijadikan bahan blok bangunan atau perabot, dinding, atau struktur lain yang boleh digunakan semula

Sebanyak 11 buah sekolah rendah dan 8 buah sekolah menengah sekitar daerah Kuala Langat telah menyertai pertandingan ini.

Sebelum pertandingan, demostrasi membuat Eco Brick telah diberikan oleh Cikgu Khatijah dari Agrosel Kuala Langat.

Rekacipta Eco Brick
Foto: MPKL FB

Para peserta yang bertanding telah dinilai oleh para juri dari Agrosel Kuala Langat yang diketuai oleh Mohammad Fauzi bin Ahmad.

See also  IHH Healthcare launches renewable energy initiative

Dalam Pertandingan ini sebanyak 120 kilogram sampah plastik yang telah berjaya dikumpul dan dijadikan sebagai Eco Brick.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Nor Aishah binti Abdul Majid, Ahli Majlis Zon 12, Majlis Perbandaran Kuala Langat yang diiringi Nurasykin binti Mohamed Yusuf, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa, MPKL.

Sejak 2019, Kerajaan Negeri Selangor telah memperluas pelaksanaan projek ‘EcoBrick’ ke seluruh sekolah di Selangor sebagai usaha menyemai kesedaran amalan kitar semula terhadap pelajar dalam melestarikan alam sekitar.

Rekacipta Eco Brick
Foto: MPKL FB

Produk generasi hijau itu juga mendorong kreativiti pelajar untuk menghasilkan sesuatu produk daripada bahan buangan yang sukar dilupuskan. Inovasi ini juga dilihat penting, terutama dalam peralihan komuniti kepada keharmonian yang lebih mendalam dengan kitaran kehidupan.

See also  Batu Lanchang Food Court goes green to reduce waste

Projek ini adalah hasil daripada botol plastik minuman yang berperanan menyimpan plastik bungkusan supaya dijadikan bahan kegunaan lain daripada terus dibuang ke tapak pelupusan sampah.

Botol plastik yang tidak boleh dilupuskan akan dipadatkan atau digabungkan untuk menghasilkan satu produk baharu seperti kerusi, meja atau papan tanda nama sesebuah tempat.

Bahan buangan lain juga digunakan bagi menghasilkan produk contohnya bunting yang boleh dipakai semula untuk dijadikan apron, seterusnya dapat dijual pada harga berpatutan dengan pelbagai corak serta reka bentuk.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].