Pendaftaran Skim Insurans Am Selangor telah bermula

Skim Insurans Am Selangor adalah perlindungan insurans am berkumpulan dilaksanakan agensi Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor Incorporated atau MBI untuk enam juta rakyat Selangor.

 Skim Insurans Am

Rakyat Selangor bermula hari ini boleh mendaftar dalam Skim Insurans Am Selangor (Insan) diperkenalkan Kerajaan Negeri.

Syarat kelayakan bagi menyertai program skim insurans percuma ini adalah nombor kad pengenalan atau alamat didaftarkan serta pengundi di negeri ini.

Pendaftaran boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi e-dompet Wavpay melalui App Store atau Google Play.

Insan adalah perlindungan insurans am berkumpulan dilaksanakan agensi Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada enam juta rakyat Selangor ditawarkan kepada individu berumur bermula dari 30 hari sehingga 80 tahun.

Perlindungan insurans sehingga RM10,000 adalah untuk hilang keupayaan kekal dan kematian disebabkan kemalangan.

 Skim Insurans Am

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang www.wavpay.net .

EXCO Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Teng Chang Khim menerusi Facebook berkongsi maklumat sama meminta orang ramai ketika mendaftar bersabar menunggu kata laluan sekali guna (OTP) dan tidak menekan berulang kali yang boleh menyebabkan talian tergendala.

See also  Brother Malaysia threads hope with sewing initiative

Pada 30 Ogos, Menteri Besar Selangor memaklumkan seramai enam juta rakyat bakal menerima Insan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, setiap individu menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

Skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion itu boleh didaftar mulai hari ini hingga 30 September tahun depan.

Menurut beliau, Selangor dipercayai menjadi negeri pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan keselamatan kepada penduduknya tanpa mengira latar belakang.

 Skim Insurans Am

“Kerajaan ini saya kira kerajaan pertama di Malaysia yang berupaya melindungi nyawa dan hayat rakyatnya.

“Kalau ada kemalangan, kematian, atau kehilangan pancaindera akan ada pembayaran dengan pencaruman yang sudah dibayar,” katanya.

See also  Megah Rise Mall hosts initiative to combat food waste

Insan merupakan jaringan keselamatan sosial yang bertujuan memberi pampasan kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor, sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau penyakit mengikut jenis.

Skim ini juga ditawarkan percuma kepada seluruh rakyat turut melindungi pekerja dalam sektor berisiko.

Polisi insurans dibawah Insan ditawarkan untuk tempoh aktif selama dua belas (12) bulan bermula dari 1 Oktober 2022 sehingga 30 September 2023.

Permohonan hanya terhad kepada enam (6) juta rakyat Negeri Selangor. 

Permohonan ditutup selepas mencapai jumlah pendaftaran yang dihadkan atau selepas tamat Tempoh Tawaran. Tempoh perlindungan dibawah polisi insurans adalah selama tempoh aktif iaitu dua belas (12) bulan.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].