Majlis Bandaraya Ipoh rangkul tiga anugerah inovasi peringkat negeri Perak

Majlis Bandaraya Ipoh turut menempah kejayaan apabila menjadi agensi tunggal merangkul anugerah Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Horizon Baharu Peringat Negeri Perak 2022.

Bandaraya Ipoh
Foto: MBI

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merangkul tiga anugerah dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Perak 2022 petang tadi.

Inovasi Jabatan Pelesenan & Penguatkuasaan MBI yang memperkenalkan Sistem MyNorisk@MBI merangkul tempat ketiga Anugerah Penyampaian Perkhidmatan Kategori Penambahbaikan.

Kemenangan itu telah melayakkan kumpulan yang diberi nama SmartBiz20 menerima hadiah wang tunai RM 5,000.00 beserta sijil dan piala iringan.

Sementara itu projek inovasi Anti-Thief Service Door for Street Light (N = Tef), yang dilaksanakan Jabatan Kejuruteraan MBI meraih tempat kedua Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2022.

Kejayaan itu membolehkan kumpulan diberi nama Infratech membawa pulang wang tunai RM 4,000.00, sijil dan piala iringan.

Bandaraya Ipoh
Foto: MBI

Selain daripada itu MBI turut menempah kejayaan apabila menjadi agensi tunggal merangkul anugerah Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Peringat Negeri Perak 2022.

See also  ZTE unveils cutting-edge 5G innovations

Dikenali sebagai anugerah Ureka MACRI daripada Malaysian Association Of Creativity And Innovation (MACRI) Anugerah UReka™️ MACRI bertemakan ‘Empowering Simple Ideas’ yang bernilai RM8,000.00 telah memilih projek kumpulan HIBANA kolaborasi Jabatan Kerja dan Bangunan, Penguatkuasaan dan Kesihatan Persekitaran MBI yang memperkenalkan inovasi Portable Solar (POSORA) CCTV sebagai penerima anugerah khas berkenaan.

Pengiktirafan projek inovasi kumpulan itu dinilai berdasarkan ‘WOW! Factor’ serta keunikan yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Kemenangan tersebut telah melayakkan kumpulan berkenaan menerima:

  • Piala Anugerah UREKA™️
  • Bengkel Rantai Nilai Inovasi bernilai RM3,000
  • Bengkel Sesi Coaching Pengkomersialan bernilai RM2,500
  • Khidmat Pencarian Paten bernilai RM1,500
  • Sijil Pengiktirafan & Keahlian MACRI bernilai RM1,000

Kesemua hadiah tersebut disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan kepada Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.

See also  vivo Malaysia marks 10 years with free concert and major giveaways

Sebanyak 7 anugerah diperkenalkan sempena Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak 2022.

Sambutan Hari Inovasi yang diadakan setiap tahun itu bertujuan bagi memupuk budaya inovasi dalam diri penjawat awam.

Pengiktirafan yang diberikan adalah sebagai satu suntikan semangat dan penghargaan atas komitmen yang telah diberikan.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].