Pihak berwajib digesa tangani masalah sampah sarap secara proaktif

Pihak berwajib digesa tangani masalah sampah sarap secara proaktif

Penduduk sekitar kawasan perumahan Bangsar menggesa pihak berwajib menangani masalah sampah sarap secara proaktif di sepanjang jalan dan laluan pejalan kaki yang kotor serta tidak diselenggarakan sejak setahun lalu.

Salah seorang wakil penduduk, Paul Chua mendakwa jalan Kapas Ara, jalan Penaga, jalan Bukit Pantai, jalan Terasik dan jalan Medang Kapas didapati kotor dengan sampah sarap dan rumput mati yang tidak dibersihkan sekali gus mencemarkan pemandangan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

bangsar9

Menurutnya pihaknya sudah mengemukakan aduan sejak setahun yang lalu namun tiada sebarang tindakan diambil  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat Alam flora yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara serta mengutip sampah di sepanjang jalan serta laluan pejalan kaki tersebut.

See also  Fire burns 2.42 hectares at FRIM's Bidor research site

“Apa yang mendukacitakan tiada sebarangan tindakan susulan diambil kedua-dua agensi tersebut, Sehinggalah hari ini baru kami melihat kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan oleh kakitangan terbabit ,” katanya kepada Komunitikini tengahari tadi.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata beliau telah menerima aduan daripada wakil penduduk kawasan perumahan sejak setahun lalu mengenai masalah sampah sarap di laluan pejalan kaki yang tidak diselenggarakan secara konsisten.

Mengulas lanjut selepas mengadakan lawatan ke sekitar jalan kawasan perumahan, jelasnya,  pihaknya juga telah banyak kali menghubungi dan mengemukakan aduan namun belum ada jawapan bertulis daripada kedua-dua agensi terbabit.

“ Alhamdulilah, hari ini mereka melaksanakan tanggungjawab dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar jalan dan laluan pejalan kaki yang kotor.

See also  Penang wetland hosts 20,000 migratory birds each season

“Saya berharap masalah sampah sarap yang membelenggu penduduk di sekitar kawasan perumahan selama ini akan selesai dalam tempoh terdekat,” ujarnya.