MBSJ anjur program Selamat Pagi Subang Jaya edisi ketujuh

Program MBSJ ini merupakan kesinambungan dari program bersama komuniti yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan dan mengawal pencemaran udara di Subang Jaya.

MBSJ

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah menganjurkan program Selamat Pagi Subang Jaya bagi edisi ketujuh baru-baru ini.

Program tersebut merupakan kesinambungan dari program bersama komuniti yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan dan mengawal pencemaran udara di bandar sekaligus mengajak warga Subang Jaya untuk bersama-sama melakukan aktiviti berbentuk santai bersama keluarga berkonsepkan gaya hidup sihat.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti senamrobik, demo memasak, pasar karat dan pertandingan buskers.

MBSJ

Program baru-baru ini amat istimewa terutamanya bagi peminat sukan berbasikal dengan penganjuran aktiviti baru iaitu pertandingan berbasikal Endurance Challenge 100km yang akan disertai oleh lebih kurang 200 peserta dan Kejohanan Push Bike.

See also  Tune Talk brings joy to orphanage this Deepavali

Melalui aktiviti ini, Majlis Bandaraya Subang Jaya berharap dapat menyokong usaha dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan iaitu SDG 3, SDG 11 dan SDG 13 sekali gus menyahut saranan kerajaan negeri dan persekutuan bagi pengurangan karbon (CO2) kepada 45% pada tahun 2030 selain mengutamakan penggunaan kemudahan awam dan menyokong inisiatif mesra alam.

Pihak MBSJ mengalu-alukan seluruh komuniti bandar raya Subang Jaya untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan dan menjayakan program #selamapagisubangjaya pada bulan akan datang bersamaan 5 Mac sekali gus menyokong Pelan Tindakan Bandar Hijau MBSJ.

MBSJ

Program ini adalah suatu upaya yang baik bagi pengurangan penggunaan kenderaan, meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, serta menyokong usaha dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan.

See also  D'Tandoor Group hosts Hi-Tea for Breast Cancer Awareness Month

Melalui program #selamatpagisubangjaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya menunjukkan komitmen dalam menjaga kelestarian alam sekitar dan mengajak warga Subang Jaya untuk bersama-sama menjalankan amalan mesra alam.

Pihak Majlis berharap program ini akan menjadi suatu platform bagi warga Subang Jaya untuk memperkenal kan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor.

MBSJ menyeru seluruh warga Subang Jaya untuk turut serta dalam program #selamatpagisubangjaya pada bulan akan datang bagi mendukung usaha menjaga kelestarian alam dan meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].