YBK bangunkan PBKi kos peruntukan 7 juta

YBK bangunkan PBKi kos peruntukan 7 juta

Dalam misi menunaikan tanggungjawab sosial membantu golongan orang kelainan upaya (OKU), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mengambil inisiatif membangunkan sebuah Pusat Bimbingan Kanak-kanak Istimewa (PBKi).

Dalam misi menunaikan tanggungjawab sosial membantu golongan orang kelainan upaya (OKU), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mengambil inisiatif membangunkan sebuah Pusat Bimbingan Kanak-kanak Istimewa (PBKi).

DSC_3093

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, PBKi itu akan dibina di atas tanah berkeluasan 2.5 hektar di Serendah, Hulu Selangor bertujuan menampung keperluan lanjutan tujuh pusat Pemulihan Dalam komuniti (PDK) sedia ada di daerah itu.

Menurutnya, kos keseluruhan bagi menampung projek tersebut dianggarkan berjumlah kira-kira RM7 juta.

“Pusat ini berkonsepkan “Advance Center” dengan menyediakan kemudahan untuk program terapi dan latihan lanjutan serta khidmat nasihat kepada seluruh PDK daerah yang berhampiran untuk pelbagai kategori kecacatan.

“PBKi ini juga akan beroperasi secara ‘day care’ di mana ibu bapa akan menghantar anak mereka ke pusat ini bagi mengikuti program-program yang disediakan,” jelasnya.

See also  Alam Suria celebrates Raya with community and modern living

Zainal berkata, antara program-program yang disediakan di PBKi itu ialah program terapi lanjutan, kelas akademi dan bengkel-bengkel kemahiran.

Tambahnya, pembinaan pusat itu akan dijalankan pada bila-bila masa sebaik sahaja mendapat lampu hijau daripada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

“Kita berharap dengan adanya PBKi ini ia mampu melahirkan individu OKU yang boleh diterapkan ke dalam sektor pekerjaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zainal memberitahu YBK akan menganjurkan majlis makan malam amal pada 9 Ogos ini bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby.

Majlis yang bertemakan ‘Malam Harum Kasturi’ itu bakal dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Majlis ini dianjurkan bagi mengumpul dana untuk membiayai kos operasi PBKi.

See also  CTOS donates RM30Kto boost education equity

“Selain itu, hasil kutipan melalui penjualan meja makan malam ini juga akan disalurkan ke Tabung Sinar Kasih Ramadan,” katanya.

Orang ramai yang berminat menghulurkan sumbangan boleh menghubungi YBK di talian 03 78750036 dan 03 78750382, atau melalui Bank Islam di nombor akaun 12038010002132.