Jabatan Kesihatan Pulau Pinang anjur program “CEPA” untuk kesedaran awam

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang

Cawangan Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar (KPAS), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah menganjurkan Program “Community Education & Public Awareness” (CEPA) bersama-sama dengan Penang Green Council (PGC) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 25 Mei 2023 di Auditorium A, KOMTAR.

Jabatan Kesihatan Negeri, melalui Cawangan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS), terlibat dalam pelbagai aktiviti berkaitan dengan kesihatan persekitaran, termasuk kesiapsiagaan bencana banjir.

Setiap tahun, anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilatih untuk bersedia dan bertindak sebelum, semasa, dan selepas bencana banjir. Selain itu, KPAS juga memantau kesan kesihatan seperti conjunctivitis, penyakit asma, dan upper respiratory tract infection (URTI) semasa musim jerebu.

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang

Isu kesihatan yang berkaitan dengan cuaca panas seperti kejang haba, kelesuan haba, dan strok haba juga dipantau oleh fasiliti kesihatan KKM. Walaubagaimanapun, isu kesihatan berkaitan dengan perubahan iklim memerlukan kerjasama pelbagai agensi kerajaan.

See also  Silent threat: Early detection key in beating oral cancer

Program CEPA yang bertemakan “Greener Environment, Better Future” sangat penting dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesan perubahan iklim dan menyediakan platform untuk orang awam membincangkan langkah-langkah penambahbaikan untuk persekitaran yang lebih hijau.

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang

Program ini juga menggalakkan aktiviti Go Green seperti urban farming dan kemudahan basikal dalam bandar. Topik ceramah yang berkaitan telah disampaikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Penang Green Council, Ladang Oasis, LinkBike, MBPP, Pejabat Meteorologi Pulau Pinang, dan Jabatan Alam Sekitar.

Program CEPA ini diharapkan dapat membudayakan cara hidup yang lebih mesra alam sekitar dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu berkaitan perubahan iklim.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Phee Boon Poh, Exco Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang, Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, dan Nancy Cheah, wakil Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

See also  Penang authorities have no plan to limit 24-hour eateries

Seramai 220 peserta dari KKM, agensi kerajaan, dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) turut serta dalam program komuniti ini.

Program CEPA merupakan langkah yang penting dalam mencapai persekitaran yang lebih hijau dan menyokong visi Penang 2030 untuk menjadi “Family-focused Green and Smart State that Inspires the Nation.”

Melalui kesedaran dan tindakan yang berterusan, masyarakat dapat berperanan dalam menjaga alam sekitar dan melindungi masa depan yang lebih baik.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].

Add comment